Pages

Subscribe:

Labels

Friday, September 23, 2011

Korang Ada Roommate Yang Macam Mana?



Assalamualaikum.



Sedikit guideline aku jumpa kat google.



Kalau cakap pasal roommate ni, memang takkan habes la jawabnya. Lagi lagi kalau nak cerita pasal perangai roommate masing masing. Ada yang sampai bergaduh, bertumbuk, tikam menikam kalau dah tak puas hati. Ada pulak kalau ditegur, mula la nak melenting. Buat muka beruk tak puas hati. Bagi aku, setiap teguran kena la terima dengan hati terbuka. Bukan orang tegur tak bersebab tapi ni untuk kebaikan bersama jugak.Tapi cara tegur pun kena la betul.




Ni muka tak puas hati kalau kena tegur.



Contohnya kalau dah habis makan tuh, tak basuh pinggan gelas yang dia guna. Habis tuh, siapa nak basuh kan? Kalau makan maggi pulak, buang sisa dalam sinki, pastu tersumbat? Sebenarnya ni perlukan, ermm, omputih cakap common sense. Tengok roommate aku, okay je. Alhamdulillah la setakat ni takde masalah kecuali benda yang remeh temeh. Nanti dorang paham la tuh. Benda kecik je jangan nak dibesarkan, ye dok?



Masa aku tengah boring giler takde report, homework nak dibuat, layan la video kat youtube dan aku terjumpa 1 video ni. Agak menarik jugak sebab dia kategorikan 6monsters as a roommate. HAHA. Nice one! Korang ada roommate yang macam mana?


Ceh! Takleh nak letak kat sini pulak video tuh. Tapi nah tekan [Ni roommate saya] untuk ke video tersebut.

Thursday, September 22, 2011

Anak Luar Nikah Bersepah!.

Assalamualaikum.



Kali ni aku nak penuhi permintaan the one and only fan of Katak Terbang, Amir Kaki. Dia mintak aku buat entry pasal anak anak binatang. Dia cakap nak yang rare. Dah nama pun rare memang susah la nak cari tapi aku usaha sehabis boleh. So This Is It. Anak yang dilahirkan tanpa hubungan yang sah digelar anak luar nikah, kan? hehe.



Anak landak.




Anak kucing belang.




Anak errrr...




Anak singa laut+polar bear?




Anak hang!




Anak mickey mouse




^-^



Comel kan?




-

-

-

-

-


Ni semua orang pun kenal kan,


Anak kita.



Last but not least, the most adorable one..

-

-

-

-

-

-





Aww! So cute. Nak sekor!




Ke BTN.

Assalamualaikum.



Sudah lama aku menyepi selepas raya hari tuh. Biasa la. Masih dalam mood raya even kelas dah start 2minggu dah. Best je subject kali ni. Dulu senior kata ni killer subject tapi kitaorang rilek je. Sebab sensei baru kot. Hehe. Macam kena suap je semua benda. Paham paham je la.


Sebenarnya banyak aku nak share, tapi makin lambat aku post, makin lupa. Hrmm... Ha! Baru semalam dapat surat tawaran secara paksa. HAHA.



Bukan nama aku. nama kawan aku.



Kena pergi BTN la pulak. Ramai tak tahu apa itu BTN. Aku nak explain pun tak tahu jugak. Yang penting makan minum FREE! Budak budak JAD ni memang suka kalau boleh makan FREE.



“ Bersyukur aku pergi BTN, dapat jimat duit 1minggu.”


Haa. Setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. Kira berbaloi la duit habis untuk beli barang barang ke BTN. Nanti ada idea lagi, aku post. Jangan risau. Ni tengah FREE ni. 


Kalau free, sila layan video lawak dibawah. biasa aku tak layan video hitler, tapi tengok yang ni best pulak. hehehe.






Friday, September 2, 2011

Dengki Tak Kemana Pun.


Assalamualaikum.



Seperti biasa, aku mintak maaf. Kan aku da cakap, kejap je aku semangat nak update blog ni. Kadang kadang takde idea tapi yang menjadi masalah negara adalah, MALAS. Dan kali ni bukan nak cite pasal raya, nak cite pengalaman aku tadi. Sebelum aku lupa, maklum lah aku ni jenis short term memory.


Tadi masa aku lepak kat kedai makan, lepas penat main futsal hari ke3 berturut turut, layan cite Melayu la malam ni. Best je cerita tadi. Lupa pulak tajuk ape…guna projector tuh yang best tuh. Tgk kedai sebelah, cerita ROBOCOP. Best jugak. Kejap pening aku nak layan cerita ape, sampai lah satu masa cerita drama Melayu ni. Tak sangka aku best jugak drama Melayu. Biasa aku layan Nora Elena ngan Juvana je.



Mana tak best, ni live action ni bro, depan mata, siaran langsung. Tengok kiri tengok kanan, takde kamera, eh, aku ingat lakonan tapi ni betul betul lah. Ada 2 kedai bergaduh. Yang satu kedai ni, geng laki, satu kedai ni geng perempuan. Yang buat drama ni lagi ekstrem, dorang guna senjata. Tak main la kayu, lastik sume ni, kita main pisau potong daging mah. Tak main la acah acah je, lu langsi lu mati wei. Kasi potong mah.


.


mai mai


Baru aku sedar perempuan ni agak ganas rupanya, yang main pisau tuh perempuan lah. Sekali dia hayun macam mane entah berdarah tangan si laki tuh. Amek ko. Tak pasal pasal. Kejap dia pi serang kedai sebelah tuh. Menjerit jerit mak bapak dorang, suh anak dorang berenti. Dah naik gila agaknya sampai tak ingat dunia. Orang ni kalau da gaduh, kalau satu tak tumbang, tak berhenti la jawabnya. Sampai la yang perempuan tuh terkelar lehernya membuatkan dia meraung raung kesakitan. Aku tengok dari jauh ( takde la jauh pun ) pun takut dibuatnya.



Kalau ikotkan ramai je orang kat situ tapi tak sorang pun berani masuk nak tolong leraikan dorang. Apa sebab, lu nak kena penangan pisau terbang ke? Takmo kan? So duk diam diam. Kesian aku tengok mak bapak dorang. Serius. Dengan muka risau giler, risau anak cedera, tapi anak tak endahkan jeritan mak ayah. Biarkan kemarahan menguasai diri. Kejap akak kedai aku makan tuh datang cite,


“NI dorang dengki, pastu gaduh. Petang tadi episod 1, malam ni episod 2 pulak.”



Macam biasa, POLIS tiba setelah semuanya dah settle. Tapi yang aku tak paham, polis datang, pastu parking kat depan kedai, tak turun pulak tuh, then blah macam tuh je. So…….? Anda nilai sendiri. Yang aku nak sampaikan sebenarnya adalah ;


1. Elakkan marah kuasai diri.


2. Jangan simpan perasaan hasad dengki.



Tuh je. Ingat. Tak pasal pasal ada orang tercedera akibat kita tak dapat mengawal perasaan marah. Takde orang yang untung pun kalau korang gaduh. Kitaorang yang tengok je dapat hiburan sedikit. Kot.