Pages

Subscribe:

Labels

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

BTN Telah Berakhir!!

Assalamualaikum.



Alhamdulillah aku dah berjaya menamatkan kursus Biro Tata Negara ( BTN ). Untuk batch aku ni pihak MARA buat dekat Kuaters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan. Sebelum aku pergi hari tuh, banyak khabar angin yang mengatakan BTN ni tak best, torture, brainwash, sejarah dan bla bla bla.. Tapi apa yang aku boleh katakan, kalau korang pikir camtuh, korang SALAH!



Aku ni takde la minat sangat pun dengan sejarah, masa SPM dulu dulu mana pernah dapat A. Susah kot nak dapat A. Takpe, sebelum aku pergi BTN, aku cuba buka hati buka minda. Naik kan semangat nak menuntut ilmu. Kem ni 5 hari. 5hari ni takde la lama pun kalau nak bandingkan dengan sebulan tapi agak lama la kalau untuk BTN.



Kawan aku sampai je BTN, langkah kanan menjejak kaki di situ,


“Bila la nak Jumaat ni……lambatnya..” terus mengeluh. Belum pape lagi dah nak balik.


Kitaorang dapat bilik. Satu bilik 2 orang. Dah la ada tandas dalam setiap bilik. Fuhhh! Heaven ni.


Toksah cakap la pasal kemudahan dia, memang tiptop lah!


Sehari makan 6kali. Tak sempat lapar pun dah kena makan lunch, dinner semua tuh. Dah la lauk pulak banyak. Kalau duk sini sebulan, tak mustahil aku jadi gemok macam orang sumo. Aku tengok kucing kat sini pun perut besar besar belaka. Sampai hari ni aku tak rasa nak makan nasi…



Masa sesi Taklimat Kursus, Abg Fadz ( Pengarah Projek ) ni bagi kelonggaran untuk kitaorang pakai baju apa sahaja dan baju kemeja putih seluar slack hitam hanyalah pada waktu exam sahaja. Fuhh. Membazir lah yang beli 2-3 helai kemeja putih semata mata untuk BTN. Aku pun sama je. Kat sini ada kedai katanya.




“ Bang, kat sini ada kedai kan. Kedai tuh, kedai mamak ke? “ tanya member aku dengan selamber.



Terbaiklah soalan. Nak pergi tengok bola la tuh. Baik tak payah datang kem.




“ Kat sini adalah kawasan larangan merokok kecuali dekat Wakaf Menempah Maut berhampiran dewan makan “



Nah amek kau. Nak merokok sangat. Tapi aku setuju je. Memang menempah maut ape?



Sepanjang dekat sini aku belajar pasal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Memang bila dengar bab bab sejarah memang lah boring tapi fasilitator kami membuatkan sejarah itu menarik. Sangat sangat best belajar perlembagaan. Dan kat sini kami telah sedar, bahawa nak tukar sesuatu pemerintahan atau apa apa sahaja berkaitan negara, bukanlah semudah tukar baju. Banyak benda termaktub dalam perlembagaan ni dan disini, kita bangsa Melayu banyak mendapat keistimewaan.



Aku akan jelaskan secara mendalam dalam entry yang seterusnya.



Bila penghulu jerit,



“ PERHATIAN “


Kami jawab



“ MAHASISWA LUAR NEGARA “


Sungguhpun korang tengah berak sekalipun, kena jawab.



Dan abg Fadz cakap, lelaki sekarang ni sedikit, so kami kaum Adam akan menjadi rebutan ramai. Silap hari, 2 orang perempuan kena kongsi 1 lelaki. Setuju?



Sedikit kata kata yang aku petik dari kem ni,


Ada ilmu tiada harta, kita HAMBA. Tiada ilmu ada harta, kita ALAT.


Tiada ilmu tiada harta, kita SAMPAH. Ada ilmu ada harta, kita TUAN DUNIA. “




Bergambar sebelum balik rumah



RENUNGKAN LAH~

Saturday, August 13, 2011

Katak Terbang Itu Wujud!



Assalamualaikum.



Dah berkurun tak update blog rasa macam beberapa hari je. Sorry gays! Aku sibuk dengan exam tempoh hari. Yang aku tak leh blah dengan exam hari tuh, lecturer kata masuk lirik lagu, punyer la macam nak mati kami hafal, sekali tak kuar.


Semua orang tension… tapi aku tak. Sebab dah terbiasa tak boleh jawab exam kot.



Hari ni atas permintaan seorang peminat blog Katak Terbang, dia cadangkan aku cerita pasal katak. Hrmmm…anda kena paham. Peminat blog aku HANYA seorang. So aku tunaikan permintaan dia. Kenalkan Amir Kaki.


Ada orang cakap katak itu menggelikan. Bagi aku tidak. Katak tuh comel. Tak percaya? Tengok ni.



Katak Comel


Katak macho


Katak Bajet Hensem


Katak Ayu


KatakKucing


Ada orang ( Miera ) cakap katak pisang boleh terbang. Bagi aku ;


Katak pisang buat cokodok pisang lerr.


sedap weyh!


FAKTA : Daging katak merupakan daging exotic pada dahulu kala dan diiktiraf daging yang lebih sedap berbanding daging ayam penyet. Mengikut kajian Steven Clint, saintis dari Canada, daging katak mampu mengubat penyakit hati dan mencegah kanser, AIDS dan HIV. Maklumat lanjut, tekan saya nak makan katak!


Camne? Kan aku da cakap. Bukan korang nak caye.


Okay. KENAPA katak terbang dan bukannya babi terbang?


Sebab dah biasa tengok katak lompat. Dan aku rasa kalau la ada katak terbang, agak menarik. Unik. So aku buat sedikit research dekat google. Guess what? Memang ada katak terbang! WOW! Aku tak sangka menatang ni betul betul wujub.


Ni video aku dapat dari youtube. Sungguh guwa tak sangka!