Saturday, March 26, 2011
Animasi yang "must see" : Boboiboy
Thursday, March 24, 2011
Aih, nak terjun pulak?
Selamat pagi! Mesti korang bangun terus bukak Facebook kan? Aku pun. Macam jadi sesuatu yang kena buat.”bangun pagi buka facebook bila puas tidur balik”. Pelikpun ada jugak tapi ni la hakikat.
Apa aku nak share ngan korang ekk. Haa, pasal semalam. Dulu dulu ada kereta terjun dalam KBmall tapi ni lain pulak ceritanya. Budak pompuan ni suka sangat kot ngan bungee jumping. Ke ada shooting filem stunt , kot? BUT I MUST GIVE YOU THE MOST GENIUS PERSON AWARD, why? Sebab takde orang terpikir pun nak panjat dari parking lot kat rooftop. I think you should jump immediately coz u wasted so many people’s time screaming and trying to save you. Ok, back to reality, that’s not what I wish for. Mesti la kalau ko terjun dan mati betul betul, orang akan kata KBmall berhantu pastu mula la timbul cite bankrupt la, bawak sial la.
video cubaan bunuh diri di KBMALL semalam.
Mesti korang tertanya tanya kan sebab apa budak pompuan tuh nak bunuh diri. And this is MY THEORY!
“Hatiku berdebar debar bila tibanya tarikh 23/3/2011, mungkin ajalku sudah tiba ataupun inikah dikatakan debaran result SPM? Sewaktu kakiku melangkah masuk ke dalam dewan sekolah, banyak mata melihatku, mungkin aku pelajar terbaik tahun ini sungguhpun result trial aku tak sehebat mana. Aku gagahkan diri, duduk di sudut dewan, sambil berpeluk tubuh. Sejuk suam aku merasakan ketika nama nama disebut. “NUR ******** BINTI ******”sila kehadapan. Anda telah GAGAL dalam semua mata pelajaran dan MUSTAHIL untuk teruskan pengajian. Dengan berat hati lalu aku menghantar SMS kepada boyfie dan ibuku. Tipptiipp. Boyfie “AKU CERAIKAN KO TALAK 5!” “
“Ko ni belajar apa sampai fail semua subjek! Tak layak jadi anak aku!! Pegi mati lagi bagus!! Memalukan keluarga! Tak pernah sepanjang hayat hidup aku dengar darah daging aku FAIL! Duit aku hangus sebab hantar belajar ko tapi ni je ko balas? Nak mengaku anak pun MALU!!!!! “
Okay okay. Dah over sangat aku ni. Bayang kan kalau dua dua teori aku ni betul, mungkin ada logiknya dia buat keputusan nak terjun, dan KBmall adalah tempat paling sesuai sebab tempat paling FEMES di KELANTAN? Dah la down SPM fail pastu kena komdem ngan mak sendiri kalau aku ditempat dia, aku mesti down jugak dan rasa nak mati bila jadi macam dalam teori tuh. Patutnya kena bagi motivasi nak naikkan semangat dia.
Tapi perempuan tuh sangatlah hebat sebab dia gunakan pisau untuk potong leher dan terjun which in sequence, potong leher dulu baru jatuh dari tingkat tiga? WINRAR!!! Memang ngeri habis. And don’t try this at home. Anda boleh baca kat sini untuk berita di kosmo! . Aku rasa Yusry KRU kena ambil dia jadi stuntgirl lah sebab ada keberanian macam tuh. Aku tabik untuk keberanian nya not we’ll say its stupid to end your life that way. Or dia pikir camni, “ I BELIEVE I CAN FLY”
Oh, aku terbaca ni, “cubaan nak bunuh diri, tak pikir ke, mana agama kau?!” kat Facebook someone. Cehh, cakap orang mana agama ko, yang ko bukak tudung, dedah sini dedah sana, MANA AGAMA KO?
jap lagi KBmall kena letak signboard camni kat rooftop.
dan nanti KBmall akan buat servis extreme sport kat rooftop. Bungee Jump.
p/s : Bila ibubapa nak sangat anak lulus cemerlang dalam SPM, anak pulak tertekan. Bila anak fail, anak jugak tertekan. T^T
Monday, March 21, 2011
Hari yang memenatkan.
Aku masih trauma lagi pahal denshi jisho ( kamus elektronik ) kena curi ni. Masih risau macam mana aku nak belajar. Lagi trauma kalau nak ganti balik. L Mana nak cari duit, kalau mak aku keje kat kilang buat duit boleh jugak nak ambik sikit, cop duit ke. Semalam aku kuatkan diri aku pegi buat IC,lesen kete ngan kad bank.J
kan best kalau keje ni, amik sket. :P
Dengan hati yang berat aku pegi la kat JABATAN PENDAFTARAN NEGARI KELANTAN. Allah memudahkan urusan aku sebab takpayah tunggu pun dah dapat terus ke kaunter. Hilang sekali bayar rm100, 2 kali rm200, 3 kali rm300, so pandai pandai la jaga IC ang. Kalau letak dalam frame pastu gantung kat dinding rumah is better than letak dalam dompet pastu kena curi. Kesian mak aku tak pasal pasal kena abiskan duit untuk IC aku. L. Akak ( walaupun gaya dah macam mak orang ) kat kaunter gambar tuh suh aku pakai kot. Aku layan je kot dia yang boleh katakana macam kain buruk yang buruk. Patot nya dorang dah tukar baru, eh eh banyak songeh pulak aku. Masa aku amek gambar, akak tuh;
“ow, orang Penambang ke?”
“a’ah, dah terang tang tang kat situ tulis kat situ”
“macam mane hilang ni?”
“orang masuk umah kak (sambil senyum)”
“ haa, semua orang kat situ dah jadi beruk agaknya. Akak dengar kat situ banyak pulak kes orang masuk rumah siap panjat bumbung lagi. Teruk betul. Berjangkit ngan kemboja la ni. Lain kali patut TEMBAK je kaki sorang sorang biar dah takboleh jalan! “
macam ni kot yang akak tuh maksudkan
Dia cakap jadi beruk sebab nama kampung sebelah kampung aku ialah kampung beruk (nama klasik) sekarang kampung bunga mas dah. Aku pun ternganga akak tuh pulak bersemangat. Patut nya aku. Over pulak ko.
NEXT, ke JPJ. Fuhhhhh, aku follow satu kete ni, dah nak sampai JPJ da ni. Entah macam mana aku tak tengok depan, syok tengok tepi je. Bukan tengok awek kat tepi la! Takde awek pon, tengok lembu kot. Tiba tiba, kete depan kepada kete depan aku brek mengejut, aku pun apa lagi terus tekan brek. Alangkah tak bernasib baek, aku tertekan minyak. Terkejut beruk aku, sejak bila pulak perodua letak pedal minyak kat tengah ni. Silap kaki aku lah. Nasib baik sempat tekan brek. Sikit lagi sikit lagi. Dah la kete mercs kat depan. Kalau langgar kancil takpe jugak, ni nak langgar benz. Aduih. Dah ler betul betul depan JPJ, on da way nak buat lesen. Kang tak pasal pasal kena pawn kat depan JPJ tuh. Kalau
“mana lesen kamu?”
“err, nak pegi buat la ni (sambil tunjuk JPJ)”
Melayang rm50 kat JPJ untuk lesen je. Bagi korang yang tak tahu, nak buat lesen,
1. Salinan IC
2. Isi boring L1
3. Gambar passport 1keping
4. Rm20
Aku jadi rm50 sebab skali ngan renew lesen lah.
Pegi CIMB buat kad atm. Nasib baik ade mak sedara kawan aku kat situ. Dia tolong take care la pasal kad aku. Arituh aku gurau je ngan dia nak buat kad atm baru, sekali kena betul betul. =.=” ching! Rm12 disitu.
Tapi aku tak buat report polis untuk semua itu dan aku risau la kalau ade orang guna IC aku buat pinjaman. So aku harap yang curi dompet aku tuh tak cukup IQ nak jual IC aku just buang je kat dalam semak mana mana. Amin . DENSHI JISHO, does anyone have any idea what I should do about it? L
Oh lupa, sebab aku ade duit lebih, aku pegi main bowling ingatkan nak lepaskan segala tekanan ni tapi semuanya lagi teruk sebab aku ter-injured kan bahu aku masa aku nak baling bola keparat tuh. Dah ler masa first throw first game. Aduih. Aku main 7 game. LEGEND. Hihi. Masih menanggung kesakitan.
p/s : thanks “CADBURY” for last night. Hihi.
Saturday, March 19, 2011
Pasai pa ang buat keje ni?!
Assalamualaikum. Uhuk uhuk. Penat menjerit semalam semasa menonton secara langsung dengan anak mata ku sendiri perlawanan FELDA vs KELANTAN yang mana KELANTAN menang secara agregat 5-2! SYABAS! Oh, aku terharu dengan kipas susah mati ( die hard fans ) TRW ni sebab sampai ada yang bergayut kat pagar stadium. Memang penuh even u cant move an inch. To FELDA, kamu kalah tanpa maruah. Such a dirty game, tuih!
Aku balik dengan keadaan penat dan kenyang sebab sempat tibai sepinggan mee goring + milo ais sebelum balik ke rumah, selesai solat aku tidur. Entah kenapa aku tak selesa tidur malam tadi. Kejap ke kanan, kiri, pastu tertunggeng, last terjatuh katil. Selalunya aku takleh tidur sebab aku rindu kat seorang tuh, tapi malam tadi? Entahlah .
Last-last aku bangun jugak buat apa aku terus terkam Facebook! Memang takde keje sepatutnya aku patut semayang tahajud ke. Keh keh. Malas punyer pasal. Namun disini lah bermula detik hitam aku.
Dah boring aku main Facebook rasa nak main card tricks pulak yang aku tengah berlatih sekarang ni sebab kebosanan melampau kat umah ni. Pegi dalam bilik nak amek kad, eh eh? Mana mana kad aku?! Tak jumpa cari, flash back balik, memang aku bungkus dalam plastic pastu letak tepi kepala masa nak tidur bersama baju TRW segalanya. Angkat katil almari iron kucing semua kot kot ada, cis! Takda! DOKODA!!!
Jap, aku tak nampak pulak wallet aku, tak nampak pulak jam aku. Makin berdebar aku, aku dah la jenis pelupa, kejap campak sini, kejap sana silap hari aku buang dalam tong sampah. Aku terus menyelak langsir lalu melihat tingkap yang terbuka luas gajah pun boleh muat. Secara freestyle pun sapa sapa boleh masuk, aku terus kejut bapak aku, sebab cuak sangat. Mana boleh stay cool lagi kalau camni.
Sapa la punyer keje bangang sangat pegi masuk ni. Siap ada kerusi lagi buat panjat tingkap. Better guna tangga, boleh ko panjat bumbung sekali. Meh aku listkan barang-barang yang hilang,
1- Denshi jisho ( Kamus elektronik ) Bahasa Jepun
2- Jam tangan hadiah daripada mak aku.
3- Earphone SonicGear
4- Kopiah
5- Wallet bersama kad-kad penting
6- A DECK OF CARD LOL!
Yang aku takleh blah, nak marah pun ada jugak, tapi si mamat ni memang kelakar giler sebab amek kopiah aku ngan daun terup aku. Ingat kan amek kopiah aku nak buat pegi semayang kat masjid sebelah. Berapa sangat la ko boleh jual daun terup tuh, aku beli pun dah rm2 takkan la ko nak recycle? HAHAHA. Ok. Wallet aku pun nasib baik ada rm23 je. Kalau tak, menangis jugak aku. Jam tangan? Sedih sebab mak aku yang kasi sebab beli khas untuk aku tengok jam dalam dewan masa jawab SPM dulu dulu. Kejap tuh, aku pusing pusing kawasan umah aku, pastu aku jumpa kopiah. Pagi tadi, jiran aku pegang earphone aku, nenek orang nak buat apa ngan earphone pastu dia pulangkan kat aku. Lagi bengang kalau pikir IC, lesen, kad bank CIMB ngan insurance card. Bukan ke satu kejadah nak pegi buat semua tuh balik. Dah ler guna duit bukan guna daun! PENAT! Lagi menyedihkan aku bila aku pikir mana la aku nak cari balik denshi jisho aku tuh, kalau ko boleh guna takpa jugak, komfem komfem sepatah haram ko tak paham. Nak on off pun tak reti. PLEASE. Im begging, tolong pulangkan denshi jisho aku sebab aku nak belajar dah la aku dah berazam nak belajar betul betul tapi ko potong stim betul la.
Kiranya aku bertuah sebab masa aku kuar pegi main facebook tuh aku pegang enset aku kalau tak hilang la semua contact aku serta paling penting, gambar “CADBURY” aku. Sobs. Macam aku kuar bilik, dia terus masuk dari tingkap. Kalau terserempak ngan aku, komfem aku tarik, bagi ceramah sikit, camni
“Nak duit, gitau, bukan tak nak bagi. At least kalau nak mencuri pun, ambil duit cukup la, nih ko amek IC, Kad bank ngan lesen aku pehal! Dah la lesen aku lusa dah tamat tempoh. “
I guess he a bit unlucky this time coz all things he stole kinda useless or not very useful. So next time, use your brain. Bak kata masitah, kalau orang mencuri, jangan dipotong tangannya, bagi la modal so dia boleh berniaga. apekehel!
U just got pawned and I will kill u like GODLIKE dota. Dah penat aku pusing kampung sebab ingatkan jumpa la jugak barang barang aku yang lain. Sampai jiran aku pun tegur, “buat apa ngan torchlight” aku pun macam terkedu jugak, “buat apa aku bawak torchlight kalau dah siang terang tang tang macam ni”. Fail kat situ. Malu pun ade. Selamba je ngan kain pelikat jalan jalan satu kampung.
nanti aku nak buat rumah tanpa pintu dan jugak tingkap. gerenti selamat. and i would set up some safety that would launch a rocket when u get near! like this.
really in bad mood! cheer me up. PLEASE!
Thursday, March 10, 2011
A special day.
It takes 7 days to make a week. And 1 day to make it special. I guess, today is my special day. Why? WHY? Coz, today is the only day, I started my day differently. Biasa nya aku bangun pegi hantar budak budak sekolah dan balik beli nasi beberapa bungkus untuk aku makan. So malam tadi, tepat pukul 12.01am aku bukak fb, tetbe ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Ternganga mulut aku sebab aku tengah menguap. Rupa rupanya hari ni birthday adik perempuan aku, asma. Haa, apa aku nak buat ni. I should thank mark zukernberg ( lantak la nama ko macam mana nak eja sebab ko pelik sangat ) sebab aku tak penah ingat birthday adik beradik aku but starting from today, I will. Hehe.
Dia tengah tidur. Dengan lajunya aku lari, terus terkam adik aku and sing the birthday song. Im pretty sure my neighbours said im crazy cuz screaming out loud last night. Who cares. She smiled and I know, she was dreaming . so woke up and asked my lil sis and bro to the park nearby. Jogging la. Dah duk ternak lemak badan pun dah besar dari lembu ni.
Kat taman tengku anis,
We barely run halfway coz my lil sis cant catch up. Berat sangat ngan lemak kot. So, we stop and just walk all the time. Few things caught my eyes. 1st, people who came wearing jeans and slippers. Obviously, again, u’re at the wrong place BRO! come on lah. Must I bring along extra track suits? Dan ada 3 kumpulan pagi tadi. 2 group tengok aerobic dan 1 group lagi buat kamehameha ataupun nama klasiknya taichi. Aku tergelak sorang sorang kot dan aku cakap camni, “nak buat kamehameha macam dragon ball boleh? PLEASE. “ dalam hati jela. Budak kecik ni boleh pulak perasan satu gaya taichi, when the old man scratching his tuttt. Not need to mention here. Bengong budak ni boleh gelak pulak. Im not sure that is one of taichi or not.
ni la kamehameha aku cakap tuh.
Haaa, satu kumpulan aerobic kinda lame sebab gerak slow slow macam taichi. Tak berpeluh kot. So waste of time. 1 group lagi pulak, laju gilak. Menari nari sampai ada yang panjat pokok. Eh, tuh monyet. Silap pulak. So I took two of em for breakfast and we ate roti canai(s) which mean, jogging is a waste coz we make more fats after we lose some. I think my jogging definition is lose some then gain double fats. A complete useless effort.
oh. lupa pulak, adik aku ada tanya something tadi;
"abe, bahagian atas pokok cari matahari dan akar bergerak cari air kan..?"
"yup."
"tapi kenapa akar pokok ni tak bergerak pun?", sambil pijak akar-akar pokok.
"errrr....."
sapa boleh tolong jawabkan?
p/s: " Losing ( not dead ) a friend greatly make me sad and i always hoping that u will come back someday."
Tak sedap okay!
Hujung minggu. Maknanya weekend. Maknanya cuti. Kat Kelantan ni cuti hari jumaat dan sabtu. So bagi meraikan kami, tiap tiap malam sunat ( malam jumaat ) ada pasar malam. Memang dari kecik sampai la aku macam galah sekarang ni, selalu je pegi meskipun bapak aku tak suka aku pegi sana.Nak pegi, kena la berbahas ngan bapak aku pros and cons pasar malam ni. Ternyata aku la menang. Selepas selesai solat magrib dan baca yasin, terus ku sambar kopiah, dan dengan selamba berkain pelikat masuk kete terus pegi pasar malam which is located 10miles kalau aku pusing bandar 15kali dan baru ke pasar malam. Jalan kaki pun sampai lah. 200meter je. Aku ukur betul betul tahu tak?
Tak tahu la. Aku suka sangat kondem semua benda sejak balik kampung ni. First of all, “AIR + PASU = RM3”. Aku rasa tak payah la nak jual benda ni sebab orang kampung takkan beli. Dah la mahal. Pasu tuh nak buat ape je. Nak tanam pokok durian pun tak boleh. So, you’re out. Then aku nampak 3 mamat ni. Pakai tak leh blah. Memang stylo abes. Aku bukan apa, macam tak kena tempat? As like u’re going to mall or have annual dinner? Please. Orang pegi pakai sempoi je. Kalau boleh, baju tidur je. Dari jauh aku tengok satu kedai ni penuh ngan orang. Tak tahu la ada orang buat show ke apa kat kedai tuh. Perlahan lahan aku mendekatkan diri ini.
penah dapat benda ni dari senpai. hihi
OH. Kedai icelended yang diuar uarkan minggu lepas. Katanya sedap, delicious kalau tumpah pun ko sanggup jilat jalan raya. So I decided to buy one. Give them a chance. Kecil rm1.50, besar rm2.00 dan special rm3.00. aku tanya spupu aku pekebenda yang special tuh, dia ckp tambah sket je. Alah, kecil sudah. “bang, kasi perisa chocolate 1”. Damn, I laughing coz, they have oligo, milo, ovaltine, Nescafe dan maybe bandung flavor. Icecream and choc chips(?) as top. Wow. Oishisou. Tak sabar aku nak rasa. Slrrppp. Wow. Its feel like, macam…….makan ais yang tak blended pun dan kalau korang pukul ais ngan lesung batu will taste better sort of taste. Haaa, macam tuh la. Maksud aku iceblended tuh kasar. In simpler word, tak sedap. Well if u taste the rm14’s coffe bean punyer ice blended, semestinya the pasar malam’s is outclassed. HAHA. Ok, not to be too cruel, so COOLBLOG lah. Which is better if u spend double the price of PASARMALAM’s ice blended. Worth it. Aku tak sampai hati nak habiskan iceblended tuh, daripada aku komen banyak aku bagi adik aku je la sebab dia tak tahu bagaimana rasa iceblended yang sedap. Thats for today. Jya ne.
p/s: " asking forgiveness is not about you're right or wrong, it shows that you value your friendship more than your ego. "