ANIKI.
oh.apa aku nak cerita ni. ANIKI ni apa? siapa tahu?
maksud nya abang. kot. aku pun tak pasti. kenapa
tiba-tiba aku nak cerita pasal abang aku ni. haaa!
entry khas untuk abang aku sebab esok dia dah jadi
suami orang. macam sedih pulak aku. kenapa?
kami agak rapat(?) boleh tahan la.
masa aku darjah tiga, parent aku pegi buat haji kat mekah.
kat mana lagi kan? so, abang aku yang pendek lagi sulung
ni diberi amanah untuk menjaga adik-adik yang nakal terutama
aku. masa tuh, aku ni nak sangat bela ayam, burung, biawak,
kambing, unta dan semua binatang dalam hutan tuh. so,
inisiatif aku, ambil duit abang aku dan pegi beli semua
kelengkapan untuk menternak ayam dan puyuh. fuhh.
sedar tak sedar aku dah berjaya menjadi penternak berjaya.
sampai lah satu hari tuh, kantoi ngan abang aku yang aku ambil
duit dia. kena terajang sampai masuk dalam toilet. berkecai
mangkuk tandas. HOHO.
bila naik darjah 5, kami masuk kelab renang. setiap minggu
pergi kelas. nanti boleh ganti phelp. tapi hajat tak kesampaian
sebab ternyata aku memang jenis besi. kenapa, tak boleh
terapung. HUH!!!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
tuttuttt. abang aku dah habis spm. tahun berapa aku tak ingat lah.
tapi 8A1 3A2. rekod baru dalam family aku. lagipun masa ni, abang
aku paling sulung. so memang la paling hebat. namun, kehebatanmu
telah berjaya aku sangkal. HAHA. Dapat scholarship ke Jepun.
bapak bangga giler mak bapak aku. ye lah. mak sape la tak bangga.
ingat senang nak mengandung? eh, mengandung senang tapi nak
jaga kandungan sampai 9bulan 10 hari...pastu nak besarkan lagi.
kejayaan abang aku menjadi inspirasi kepada adik-adiknya yang lain.
Beliau juga dijadikan modal kepada ayahku ketika memberi sepatah dua
kata kepadaku. macam ni;
"Tengok abe paih tuh, pah jepun. ikot jejak langkah abe paih. mok pok dok
susoh. jpa tajo. banggo tengok anok ayoh g jepun"
kepada yang tidak paham, sila guna google translate. so aku dengan
tanpa mempersoalkan nasihat ayahku lalu aku berusaha dan akhirnya
aku terjebak juga kepada bahang negara matahari terbit dengan
berjaya memasuki JAD. bila mak tanya pasai pa nak pegi jepun, aku ;
"bukan ko ayoh suh g jepun ikot abe paih?"
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
so bila dah kat JAD, abang aku dah menamatkan pengajiannya di jepun dan
membawa balik sebiji kereta sorong. macam mana kereta sorong jepun?
camni haaa ;
fuhh, best gilak dapat drive keter sport camni. dan aku juga menjadi penyebab
kepada compressor kete ni rosak. tuh ler, silap bagi kat driver racing. HAHA.
aku cukup dikecam kerana tidak cermat dalam mengendalikan kereta ini.
seperti;
"acu bowok molek gak. doh tahu jale udoh!!"
damn! nak menanges aku.
dan beliau suka benor belanja aku makan kat shasha ke atau
dimana sahaja aku nak makan. hujung minggu mai TBP semata-
mata nak belanja aku. kenyang beb. malam minggu main futsal
sama-sama.
tapi......semua sudah berakhir. tiada lagi futsal. tiada lagi
makanan free.. T^T
ni sebab abang aku dah pindah kelantan. LMAO. dan dah jatuh cinta kat
awek kelantan nama kak emma. so hari ni (5/2/2011) diorang dah kahwin.
sorry to fiqa. HAHA. yeay!! agaknya esok boleh la aku menantikan anak sedara.
tak sabar tak sabar. HOHOHOHOHO. ^0^
pape pun, semoga berbahagia lah. kekkon omedetou aniki!
p/s: kak emma, jaga abang saya leklok.
7 orang makan katak:
sedey r pulak dgr kisah ko ni. haha~
anyway, kekkon omedetou!! \(^_^)/
haha. kisah benar ni reef.
tggu aku kawen pulak.
bukey mu jah makey free.ai ponXD
kakpah
abe mung hok smart rambut panjang maso ngaji dulu ko? uhh..chukahamnida syakir!! dapat kak ipar doh mung!!
thanks naz. ^_^
wah...harap2 abe terharu la baca entry nih. by the way, I ingat la kes u kena tendang masuk toilet tuh. pecoh pintu toilet dowh.
aiseh...sssaloh ID plop..gi paka ID blogger anok ai plop.
Post a Comment