Pages

Subscribe:

Labels

Saturday, July 16, 2011

Geng, Aku Dah Nak Kahwin!



Assalamualaikum kepada semua pembaca. bajet ada orang baca je blog aku. takpe, kepada yang sudi baca terima kasih. kalau tak silap aku, tak salah kalau aku cakap pasal kahwin walaupun umur aku 20tahun, kan? tiba tiba aku rasa nak kahwin? salah ke? dari duk berkepit tanpa ikatan yang sah? bukan ke dapat dosa FOC* ke?

Mungkin ada yang akan cakap,

"Gatal betol!"

"Aih, nak kasi anak orang makan apa?"

"Belajar dulu!!"

Aku tak kisah semua tuh. kadang kadang aku ada borak dengan mak aku pasal kahwin. Mak aku cakap sekarang ni, cinta tuh macam tak penting. sebab apa? sebab kalau ada cinta pun tapi tak stabil ekonomi, boleh kahwin tak? Tak kan.

"Kahwin kat Siam boleh je..."

Tak mahu la kahwin kat Siam. Bagi aku masa aku kahwin aku nak jadikan majlis kahwin tuh the sweetest moment bagi aku dan pasangan. tapi takde calon lagi. no worry. berbalik kepada ekonomi yang stabil, aku tak paham sangat dengan maksud mak aku tuh. bertanya dengan lebih mendalam, membuka fikiran dan berfikir secara positif tanpa melenting tak tentu pasal, dengan tenang meminta mak aku jelaskan.

Sudah pasti cinta membuatkan anda menuju ke alam perkahwinan. tapi mak aku cadangkan aku bina kerjaya dahulu, cari wang baru lah kepada cinta. mengapa? sesudah mempunyai kerjaya sudah tentu urusan kahwin akan menjadi lebih mudah. ya lah, sudah berduit kan..

"Tapi kalau tak cari calon sekarang?"

Takpa, bila berduit maka datang lah cinta itu. Aik? maknanya perempuan tengok duit ke? eh takda lah, mak ayah siapa nak tengok anak dara diaorang sensara selepas kahwin kan? Bukan lah mengejar kekayaan seseorang lelaki tapi mencari hidup yang lebih selesa.

"Ahhh!! mata duitan!"

Jangan bersangka begitu. tak semestinya apa yang anda fikir adalah betul dan apa yang aku tulis kat sini pun tak semestinya betul. apa yang salah, kita sama sama betulkan. :) Aku sendiri pun nak bakal isteri aku hidup selesa, cukup makan, eh , lebih pun boleh. Apa pun, aku rasa aku nak bina kerjaya dahulu. InsyaAllah, jodoh akan datang jua. By the way, Im waiting for someone. ^_^

2 orang makan katak:

Ahlami said...

Betul tuh Kir, Kak Mi setuju 100peratus ! Ganbate study, pahtu ganbate kijo plop. Nati jodoh inshaAllah akan mari sdiri kok2 mano pon :)

SpRiTZeRcREw said...

hahaha....mak ayh ak slalu tnye..."dh de calon ke?"amoi2, nk tgok ak kawen awl ke...