Pages

Subscribe:

Labels

Wednesday, August 3, 2011

Dah Dapat Apa Aku Nak.

Assalamualaikum.

Semalam senior aku baru balik dari Jepun dan dia singgah rumah aku. Dapat omiyage (souvenir)! tapi dah kat dalam perut dah pun. :)

ni dia biskut Jepun mari. Sedap~


Alhamdulillah. Setahun pusing kepala nak pilih universiti untuk degree nanti, akhir aku bertekad untuk masuk satu universiti ni. Duk tanya senior aku okay ke tak universiti tuh, universiti ni, penat tau. Dengan research yang aku nak buat.


Kalau boleh, aku nak buat research pasal kereta elektrik. Kan kat Malaysia ni kurang kereta elekrik lagipun, mana tau kot kot aku yang buat kereta Ferarri elektrik? Haa, nanti aku boleh jual kat korang murah murah. RM100 pun okay lah..


Aku kena jumpa lecturer pastu bincang pasal universiti. Aku cakap macam ni,


“Macam mana sekalipun, saya nak masuk U ni jugak!”


Bajet bapak aku punyer U nak masuk suka suka hati. Pastu lecturer tanya aku,


“Kenapa?”


“……………..”


Haaa, tak terjawab aku. Tuh pasal, patot nya aku dah kena sedia la. Ni masuk dengan tangan kosong, tiada ilmu didada. Sebenarnya ramai kawan aku terpaksa fight nak dapatkan U yang dorang nak masuk. Ada yang kecewa, ada yang gembira. Hari ni, lecturer dah bagi kata putus pasal U tuh. Maknanya lepas ni dah tak boleh ngade ngade nak tukar lagi. Nanti dah nak kena isi borang masuk U masing masing. Katanya menyakitkan hati giler sebab sikit pun tak boleh salah. HABIS lah aku. T^T


So nil ah U yang aku dah decide nak pergi. InsyaAllah dipermudahkan urusan. J

tadaa! ni dia. tunggu nak tandatangan je...


1st choice : TOKAI UNIVERSITY


2nd choice : TAKUSHOKU UNIVERSITY

Mintak mintak dapat la 1st choice aku tuh. Ada banyak sebab aku nak masuk situ. Dan semua sebab nya aku tak boleh cerita sekarang. Bahaya. Hihi.


Ni ada satu video yang agak COOL bagi aku. Ni masa aku jalan jalan cari cerita pasal si Khairul Fahmi dengan tunang dia. Yang paling aku bengang orang yang sebar fitnah. Kesian KFCM dengan Elia. Pastu mula la timbul cerita mengarut. Aish! DUNIA DUNIA!!


Saksikan

.

1 orang makan katak:

fatihah azemi said...

now i have reasons to go to japan..wahaha..ade jugok saem gi ngaji jepang :)