Pages

Subscribe:

Labels

Monday, October 3, 2011

Melayu Mudah Dipengaruhi Dengan.......


Assalamualaikum.



Hari ni dah start sem baru dan sem terakhir bagi diploma ni. 5bulan je lagi. Kena banyakkan bersabar. HEHE. Okay. Hari ni dapat cikgu baru, Cikgu Roza sebagai pegganti kepada TAKAFUJI sensei. Lab hari ni agak best sebab ada group yang capacitor dia meletup dan ada orang kasi rosak sama electric circuit. Tuh group aku la tuh. Kesian kawan aku, dah nangis dah...aku gelak je.



Okay. Kembali kepada tajuk diatas. Aku dapat idea ni semasa aku kat BTN tempoh hari. Fasilitator aku ni merupakan mantan kaunselor so dia pandai bermain dengan psikologi. Dalam satu kelas diskusi, dia bercerita pasal orang Melayu yang senang nak dipengaruh. MEMANG SENANG.


Percaya atau tidak, kita orang MELAYU suka dengan bombastic words. Apa maksud bombastic words ni. Kalau kita tengok perkataan perkataan dibawah ni, apa kita rasa?


CEPAT


FREE


MUDAH


MURAH


SENANG


SERONOK


BUY 1 FREE 1


Haaaa. Camne? Tidak kah bila kita Nampak papan tanda iklan JUALAN MURAH terus rasa nak shopping?

“ MOK! JUALAN MURAH!! Kena pegi ni!! Cepat cepat pegi bank ambil duit..!! “

Kan ? aku pun camtuh lah. Tengok je BUY 1 FREE 1 terus je rambang mata nak beli. Kalau cakap pasal SENANG pulak, kita hanya tahu nak senang tanpa usaha, betul tak? Contohnya mintak soalan exam dengan lecturer. Dan hanya tahu nak SERONOK. Kalau FREE pulak,

“ Dah rezeki, jangan ditolak.. “


SKIM CEPAT KAYA (SCK)


Dulu benda ni agak femes jugak lah sebab benda baru kan, mana orang nak tahu benda ni tipu. So ramai la orang terjebak.Penah sekali aku kena tipu join MLM. Sebab bayaran dia MURAH, aku join je terus dapat 1 dolar. Masa tuh kecik lagi, mana la reti nak pikir.Hrmm.. Macam mana psikologi memainkan peranan..? CEPAT dan TERJAMIN je kita rasa selamat.



Apa dalang SCK ni perlu buat. YAKINKAN ANDA.


· Renovate pejabat


· Iklan secara meluas


· Buat laman web



Dengan cara ni, kita terus yakin dan percaya la kononnya SCK ni adalah secara global. Cett.




Ni cara benda ni dijalankan. Labur RM1000 dan dapat pulangan RM2400 secara ansuran RM100 sebulan selama 2 tahun. Disinilah bermula nya penipuan secara psikologi. Fasilitator aku cakap bila cukup sebulan, SCK ni akan kasi pulangan wang berbentuk cek dan semestinya kita akan tunjuk kat geng kita,



“ Wei, aku dah dapat cek! Nah tengok ni. jom ar masuk wei! Tak rugi pun!! “



Haaa. Kita yang meyakin kan rakan kita dan cek tuh nak buat geng kita percaya je.



Bayang kan,



Camne, kat sini dah boleh dapat dalam RM35K dah. Baru 2 bulan. Dan ni contoh 2 orang je, kalau la 1 orang berjaya ajak 10 orang? Camne?



Bila sampai bulan ke 8,9, 10 SCK ni akan lesap dari muka bumi. Pejabat tutup. Kita menangis sebab hilang duit camtuh je. Aku cerita ni jangan ada yang nak buat SCK pulak. Ni perkongsian ilmu dari fasilitator aku je. Ok . last but not least,


they see only assholes. so TRUE. haha.


Ni satu lagi nasihat dari BTN,


" Perubahan akan tetap berlaku samada dengan kamu atau tanpa kamu. Kamu berubah dengan perubahan itu, maka kamu kecapi faedahnya. "


contoh paling senang, FACEBOOK lah. Hee~

0 orang makan katak: