Pages

Subscribe:

Labels

Thursday, August 12, 2010

Dah start daaaa....

Bila masuk bulan puasa ni, sibuk semua orang nak beli baju raya, kuih raya, hantu raya,
perabot baru, pelita dah pasang dari tangga umah ke kg sebelah.. tak gitu? kepala hot hang!
puasa pon baru 2 hari dah pikir raya.
sabaq dlu. meh kita ngadap apa yang perlu :-

baca Al-Quran, kalau boleh habis kan 30juzuk. aku sendiri pon tak penah. KOT.
puasa, memang wajib la. len la klo ang tuh dari kalangan pompuan.
sahur? oh. aku sahur kul 2am la nampaknya. sebab semalam berier masak nasi. konon
nak bangun masak. hampeh. 6.30am aku bangun, boleh sahur lagi ke?

Apa aku nak cite ni. Meh tengok sejarah hidup aku.

+++++++

Dulu-dulu, time kecik dulu, sebelom jadi galah macam sekarang, aku boleh dikatakan
suka bulan ramadhan. bukan suka puasa, ang paham2 la, budak2, mesti main je keje.
so, aku main mercun. kadang2, berpuluh-puluh ringgit abis aku bantai mercun. macam
beli makanan nak bukak pose pulak ye. tuh hah. koleksi mercun aku. kalau jumpa ngan kastam, berjuta-
juta kena saman.

Masa tuh, aku form 1. menjadi ketua main mercun dalam kalangan budak-budak. abih ja solat
isyak, aku ajak geng aku (sepupu sepapat sepapan) ke padang. dengan bekalan bom yang kami
bawak, kami yakin dapat menggegarkan kampung. terutama imam yang tengah solat terawih. "bomm!!", tersasul pulak imam.tuh dia. macam perang kat palestin. bercahaya. duk sibok men mercun, datang la sebuah motosikaldari belakang. pergghh. aku ingat sapa la nak join aku men. skali polis pulak. tapi time tuh gelap. mana laa aku nampak.skali kena tumbuk ngan polis tuh, kelam kabut aku keluarkan semua mercun kat dalam poket. mujur la ade spupu aku
terselamat ( berjaya lari ) tinggal bos korang ye.
pastu polis tuh tanya,

P:"mano mu beli pedo ni?" [kat mana beli mercun ni?]

S:"keda...keda.....alik ilir..." <----dalam ketakutan [kat kg sblh]
P:"aku tau la, keda mano?" [aku tau tapi kedai mana]

S:"kedai uja nuh....(padahal kedai tuh xbersalah pon)" <---ni dah menangis ook.

dia percaya, dan ugut nak bagitau bapak aku [aku rasa mcm dah berakhir da riwayat aku]
ang tau la, bapak aku macam mana. garang. dah orang pi solat, aku pi main mercun.

setelah memberi sedikit rasuah dan alasan, aku dilepaskan. tapi aku tipu pasal kedai tuh sebab akunak men lagi. hahaha. bodoh, xpenah insaf.balik umah, buat muka selamber. rilex. tapi xtahan menerima ugutan dari adik aku. ciss, mentang2 ang terlepas malam tuh. cilakak.
*cerita diatas hanya mereka terlibat saja tau. bapak aku pon, kalau baca post ni
baru dia tau. tp bapak aku xpenah pulak tau aku ade blog. haha.


+++++++
beberapa tahun lepas tuh, aku da xde minat kat mercun sebaliknya aku tengok je pewaris(budak2) aku men.jarang2 tuh join jgk. tapi xmen la mercun biasa2 bro. tuh yang meletup kuar bunga, kadang2 nampak macammuka bapak aku.

+++++++


dulu2, orang kata, kalo x puasa penuh, xdapat duit raye. terpaksa aku puasa penuh. ni time kecik2 dlu la. pastu kalau bab duit raye, kadang2 mak aku suka buat cabutan bertuah. penah skali tuh aku dapat RM50.aku berier gelakkan abang n kakak aku. rupenya mak aku tambah Rm50 sorang. tsumari, aku dapat plg sket? haa.

Pastu klo time kecik2, pegi jalan merata. kutip duit. sampul pun dah tebal 2 inch. duit apatah lagi. pastu,kasi kat mak aku simpan. bila mintak balik, mak aku cakap dah bank in. padahal mak aku guna bagi katbudak-budak laen. cheh. time besar ni aku baru tau, sebab aku buat benda sama kat adik bongsu aku..

Kalau kat kg aku ni, ade masjid. tiap2 ari ade makan free. bukan chikai2 brader. tuh nasi minyak, nasi dagang, nasi ayamnasi beriani, nasi basi pon ade. air sirap bandung. fuhhh. masyuk....tapi bak kata bapak aku, pegi awal masjid. ikot tok imamberzikir dulu. tp aku pegi lewat jgk. kan rumah aku selangkah je dari masjid. hee. duk kat tepi pintu. betol2 depan nasi.
kot-kot tak dapat nasi. ble dah abis doa, semua serbu berebut tempat, yang tua muda miskin kaya semua sama. betumbuk pon ade. aku la tuh.

+++++++

aku ni boleh kata pelik sikit. time muda-muda dulu, aku tak boleh makan kurma. sebab apa?
sebab aku nampak macam lipas. geli nak makan. tapi sekarang dah besar. so, reti beza kurma nganlipas.ngeee.kalau makan buah melaka pulak, aku akan buang semua kelapa dulu baru makan. sekarang dah boleh makan da.sepanjang duk kat shah alam ni, tak penah pulak aku jumpa buah melaka yang betol-betul sedap.yang lagi pelik, warna warni. korang ingat ape? suka hati je taruk pewarna.

penat lah. nanti aku sambung ar...

7 orang makan katak:

ayesyaazreena said...

haha...best2..
cerita best~!

-27- said...

hehe....thanks. :D

cp0w said...

ohhh!
pecah rahsia!penah kena cekup nge polis men mercun woohh!haha

-27- said...

shhhh....diam2 sudaaa...haha

-27- said...

shhhh....diam2 sudaaa...haha

Arini Nuran said...

uhh. part kurma n buah mlaka tuh sma ahh. :)) aku dlu pn x lalu mkn kurma. sbb ada mirip2 lipas =.= da beso2 nih bru cerdik cket. kurma tuh sdap. lol. buah mlaka pn skang nih maen sumbat msok mulut je. da mlas nk buang klapa2 tuh :))

-27- said...

hahaha..arini2, rupanye ko lebih kurang macam aku gak ek...
ape lagi fav ko bln pose ni?