Pages

Subscribe:

Labels

Thursday, September 9, 2010

Raya!

ooo, ooo, balik kampung.
eh2, dah kat kampung ni. so tak sesuai lagu tuh.
malam ni malam raya, setelah berjaya berpuasa sebulan.
alhamdulillah, aku tak ponteng puasa tahun ni. tak macam
tahun lepas, aku terlebih puasa 1 hari. Kat kampung aku
ni, dah start main mercun, bunga api pun berbunga-bunga,
mengalahkan stadium. so, aku tak payah beli, just pegi join
budak-budak men mercun. haha.

sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan, tapi maklum la,
malam raye, so banyak benda nak diselesaikan.aku kongsi 1 je,
pasal jiran aku. waktu aku muda2 dulu, jiran aku ni, seorang tua.
aku besar panjang ni pon, dia still tua.
dia selalu marah kami men mercun depan rumah. cakap bising la.
ganggu family dia laa.
takpe. kitaorg akur dengan kata2 org tua.penah sekali aku berdendam ngan
pakcik ni, sampai aku baling telur kat umah dia. takpe, dia tak kisah sangat pon.
time tuh aku budak2.

bila aku dah besar ni, turn adik2 aku la pulak men mercun.
macam biasa, dia marah.selang 2 3 hari, cucu dia pulak men
mercun depan rumah. apa nak dikatakan, ktaorg senyum je. nak
jugak sound bebudak ni. haish, lagi-lagi cucu dia.
malam raye gaduh, pagi raya mintak maaf. kan senang...

okay, takde masa nak tulis panjang2, so disini aku letak noktah.

selamat hari raya semua.

2 orang makan katak:

Ahlami said...

hhahahahha !
ami tahu sapo oghe tuo tuh.
hihihi. sabar jer la syakir.
dio meme lagu tuh. huhu

ayesyaazreena said...

selamat hari raya~