Pages

Subscribe:

Labels

Saturday, September 25, 2010

Konvoi.

Pada asalnya aku nak tulis pasal benda lain. tapi disebabkan
terlalu memakan masa, aku skip dulu tajuk tuh. ehem-ehem.
semalam aku ingat aku tersadai kat katil je.dah semua budak
rumah aku nak pergi open house. Nak ikut tapi kereta dah full.

"Aku nak duk bonet boleh?"

sampai tahap tuh aku nak pergi. takpalah. takda rezeki kot.
baru aku nak lelapkan mata, ada pulak orang call.

"oh, ada kosong lagi ker? ok, jap lagi aku turun."

ternyata rezeki aku murah. pergi la rumah ezwan, konvoi 5kereta.
best gak bila dengar diaorang sesat. ingat senang ke drive kat
selangor ni? aish. kalau kat kelantan, takda la jalan berlapis-
lapis.kalau sesat pon, sesat dalam hutan je. kalau kat sini,
ko salah jalan, abis ar, tak pasal-pasal sampai seremban pulak.

bila sampai rumah ezwan, kitaorang terpegun buat seketika.
memang cun abes ar.respect kat family dia. semua baik-baik.
low profile. bagus. makan memang top class.

okay, ke rumah hazarul yang memakan masa selama sejam.
aish, asal la lama sangat, sampai aku tertidur dalam kete.
semua orang tension ikut kete hazarul sampai aku boleh label
dia sebagai pemandu "Berhemah & Berbahaya".
Simpang 1km lagi dah bagi signal. mana tak confuse. duk line
paling kanan, bawak 60kmh. yang lagi mantap, bila je dia masuk
line kanan, semua kete kena brek sebab dia. haha.

then rumah ayep, yang ni best jugak. sampai kat rumah ayep,
sekali lagi kitaorang terpegun. tengok akak dia. fuhh. semua orang
mengaku jadi abang ipar ayep.haha.
entah macam mana, aku terpanggil "mak" kat mak ayep.
abis kecoh. tak sangka pulak, mak ayep ni sporting gak ar.

"bukan mak, panggil ibu ye"

sampai balik aku panggil "ibu" kat mak ayep.
aku pun layan je la. dah la baju dah sama kaler ngan akak ayep.

this is the end. harap raya tahun depan, boleh la konvoi lagi.
ke rumah senpai ke..... (^O^)

2 orang makan katak:

reefqi said...

rumah aku jom! haha~
ke ko nk g umah 'dia'?? hehe..

Syakir Aziz said...

nak pegi tapi....nnt ko bawak aku
pegi umah dia ekk..