Pages

Subscribe:

Labels

Monday, February 28, 2011

先輩に届け

Kore, senpai tachi ni todoketai.


Memetik sedikit kata-kata faizul chan,


Kouhai tachi sedang sembahyang,

Sembahyang jumaat di tengah hari,

Pergilah senpai pergilah sayang,

Tinggal kami dua batch disini.



Aku kalau ikutkan tak pernah rapat dengan senior-senior masa kat sekolah menengah. Kena pukul ade ar. Sejak aku tahu mengenai program JAD, aku telah mengenali seorang senior secara tidak sengaja kat Myspace.com. Macam kuno pulak bila sebut myspace. Nama senpai tuh Cik Suki. Tak tahu pulak kenapa nama dia suki. Macam-macam aku tanya pasal JAD ni. Kinda scary.


Haaaa. Masa senpai punyer robocon, aku borak ngan kak eca. Kak eca ni orang nya ayu, comel, cantik, bijirin, dan sewaktu dengannya. Berkobar-kobar nak masuk JAD sebab kak eca ni. Kak eca merupakan seorang SAKTI juga pada masa yang sama merupakan SENPAI kepada fyezul ngan nizam kuntilanak. Hee~


Pada hari pertama aku menjejakkan kaki kat TBP, aku tengok ramai orang tolong angkat barang. “Baiknya dorang tolong angkat bagasi-bagasi aku.” Oh, dorang tuh senpai aku rupanya. Masa masuk rumah, aku ditakdirkan untuk hidup bersama senpai. “Abang rifqi?” HAHA. Aku pun nak tegelak bila ingat balik. Panggil rifqi abang. Senpai lain pun. Sume aku panggil abang. Mesti dorang geli kan. Takpa, tuh tanda hormat aku kat dorang.


YM pulak, aku kenal arini. Sape arini ni? Arienai? Seorang yang comel lah. ^-^ suke benor ngan kucing. Macam aku. Dia banyak tolong aku masa mula-mula masuk JAD ni. Tanya pasal shukudai, kelas. Tips yang berguna temasuk cara nak tidur dalam kelas. :P Paling aku terharu ngan arini ni, masa sem 4 final exam. Nak kata aku bodoh, tak la jugak, cuma kurang pandai. Sebab tuh aku pegi sekolah. Tapi tak pandai-pandai juga. Nak dijadikan cerita, aku ter”fail” dua subject. Down giler ah. Menanges-nanges aku sedih takut kena dismiss. Rupanya tak. So aku balik aku terus ym dia tanya apa aku nak buat. Dia dengan bersemangat bagi semangat kat aku, pastu ajak aku makan kat shasha. L bagusnya arini.bersama sama kak ceca,dorang telah berjaya mengambil kesedihan aku. Aku rasa tenang nak re-sit exam ni. Wuwuwu.


Thanks arini n kak ceca. ^_^


Ngan Rifqi lah aku banyak soudan pasal JAD. Memandangkan dia mpp, banyak maklumat aku dapat before orang lain. Melalui rifqi jugak, aku kenal dengan senpai X. sape pulak senpai X? nanti aku cite. Reef selalu teman aku main pes. Best. tiap- tiap masa aku main ngan dia sampai takde masa nak study. Biasala, orang busy kan. Namapun JAD. Bagi aku la kan, rifqi memang sesuai jadi mpp. Aku tabik springg dia sebab dia tenang, dan paling best, GENIUS. GENIUS. Malam exam main PSP. Orang lain study macam nak mati, dia lepak je. WASEDA tuh!! GANBARE!! Iro iro arigatou reef-kun.


Ehem! Kintaq kintaq. Si manis comel. Pasangan kepada reef? Hihihi. Wakannai. :P rambutnya panjang macam kak limah, phewwit. Suke cakap ngan dia. Comel comel comel. Eh eh, kang marah pulak reef. Kinta senpai mo, boku no hanashi kiite kurete arigatou.


For the first time, aku dapat hadiah dari senior. First time? Yeah. Hadiah menda pulak ni. Hadiah birthday aku. Aku ni suke benor janji ngan senpai. Entah macam mana aku boleh janji nak belanja SUBWAY kat kak zirah. Kak zirah? Iitai dare deshou ka? Dari jauh kalau tengok sambil tutup mata pun tahu itu kak zirah. Berbekalkan kasut bertumit tinggi, spuloh batu pun dah kedengaran bunyi tapak kasut kak zirah, ngan cara memakai tudung yang unik( unik itu menarik) berbelit belit macam nak tercekik, fuhh, ngan skirt pendek yang begitu menarik perhatian. Bermetafora pulak aku ni. Kalau nak dijelaskan dengan satu perkataan, perkataan yang paling sesuai adalah “utsukushii” . berbalik kepada cerita hadiah ni, aku pegi la ngan jenifer lopez a.k.a kak jlow dan juga si bijin haslini. Diorang ni macam DO RE MI. selalu bertiga. 3 dara pingitan. Cheh cheh. Kak jlow yang terkenal dengan kebijakkan nya yang selalu dapat DEKAN. Ada pinjam notes kimia dia harituh. Sangat berguna. Tak lupa juga kepada jaguh tennis yang telah menewaskan maria sarapova kak lini. Sangat berbakat dalam bidang sukan tennis sungguhpun aku tak penah tengok kak lini main. Dakedo, kanjiru. Kak jlow ngan kak lini? Kalau bergabung? Jadilah juara badminton piala JAPEMA. Sugoi na. raket aku tuh. XP dapat topi neppuu yang hensem lagi serta kakkoi bila aku pakai. HAHAHA. Sore mo arigatou ne bijin tachi.


Bila masa exam sem 2 , entah macam mana aku kenal ngan senpai X. sebenarnya memang aku nak kenal pon. Mestilah perempuan. Takkan laki kot. So GAY. Kenal melalui YM. Eh eh. Tak payah la aku nak cite secara kronologi sebab aku dah tulis somewhere else. Heee~. Secara konklusi, in a small cracked nutshell, senpai ni tottemo hijouni baik giler babun. Ni je aku nak pesan kat sapa-sapa yang nak kenal senpai X ni, “nak kenal boleh, tapi jangan sesekali lukakan hatinya” . kenapa? Kalau tak, mati hidup balik pun menyesal tak guna tahu tak! Iro iro arigatou kino senpai.


Sharon senpai pulak, semoga berbahagia ngan jackko. Hehehehehe. Siapakah Jackko? Kalau hangpa nak kenal, jackko adalah seorang model tanah air yang terkemuka. Try la search kat google kalau tak caye korang tengah kena tipu ngan aku ni. Keh keh keh.


Rasa macam jenuh pulak nak cakap pasal sorang-sorang dalam ni. Takpa, aku cuba selagi mampu. Seterusnya kak ajie. Ni lagi geng TKC yang English tahap dewa. Ce cakap ce cakap sket. Well, well, well, well. TOIEC pun gold kan. Sugoi na. jitsu ha, kak ajie ni ade share 1 problem yang sama ngan aku. Penat kami cuba selesaikan, tak dapat dapat. Macam mana lagi kami nak buat, kalau bagi kat eistein pun belum tentu beliau boleh jawab sebab takde kankei ngan fizik. Ok dah. Pemadam pink ngan hijau tetap ku simpan dan guna sampai ke nihon. Tuh pun kalau takde org curi la. Sape curi aku kasi penumbuk ni. Nak?


Tup tup. Tengah aku diam diam terdengar suara yang nyaring yang menyeramkan, “hye syakir!!!”OMG. What should I do. Bukan ape, aku cuak sebab dia punyer bf tuh senpai aku jugak. Dah la bf dia tuh badan berketul-ketul macam gunung sekali kena terajang tak sempat mengucap aku. Tapi sebab dia happy go lucky la aku jadi happy. Senyum sampai ke telinga kan kak dayah. Hope both of u will last forever. No expire date. ;)


Kak syara desune, nandake, giler besi? Tapi bukan sebarang besi. Besi mewah yang beroda empat + satu tayar spare dalam bonet. Suke ngat ngan kete. Tak tahu kenapa. Tapi best la lepak ngan kak syara ni, penah sekali kami pegi ke KLIMAKS. Fuhhhhhh. Sedap beb. Layan kete kete sports. Model kete takyah cakap lah. Atarimae sume cun melecun belaka kan. Kak syara penah memerah otak untuk selesai soalan kirchoff ( betul ke tak eja ni, lantak lah ) untuk aku. Takkan mengalah selagi tak dapat jawapan eventhou soalan salah sekali pon.


*KLIMS ( Kuala Lumpur International Motor Show )


Tsugi ha, kak basha. Hrm hrm hrm hrm. Hehehe. Dah gila agaknya aku ni. Kak basha kalau tengok dia main bowling, perghhhh. Komfem longkang. Eh takde lah, kanousei nak strike tuh 99-10+14/15x2 percent lah. Masa aku ada masalah jiwa masalah mental dia terus msg kat FB. Thanks for the advices u gave me. Helped a lot. Tidak lupa juga pada suatu hari aku telah secara tidak sengaja memberikan kupon SUBWAY. Aish. Sebenarnya aku tak tahu kupon tuh boleh guna ke tak. Main bagi je.Bila dah lama tuh, sampai aku lupa da apa aku bagi kat kak basha, tiba-tiba dia bagi aku Cadbury. Awwww. Memang aku suke giler ah. My FAV kot. Kak min pon. Thanks ^_^


Satu-satu nya senpai yang aku panggil abang. Sebab apa? Sebab aku nak panggil dia abang. Tak puas hati ke? Suka hati aku la. Masa awal awal kat JAD ni, mahani sensei suka benor cakap pasal senpai ni. Cakap dia lembut. Bukan lelaki lembut tuh. Maksud sensei disini adalah sopan santun dan baik orangnya. RAZIZ. Dah la power. Dapat DEKAN jugak tuh. Bila aku letak nama aku kat jisho, “syakiRAZIZ”..Haha. Aku ingatkan dapat la berkat dari nama dia, tapi hampeh. Aku ni tak sebijak dia. HAHA. Tapi takpa, I’ll work hard. Cheh. Kata-kata ni yang kuar bled da fail exam, nak start sem baru ker….


Sono hoka ha, senpai lupiey, yo, herry, aifa, yus, amir, atan ni, isshouni futtosaru wo yarou. Nihon de ne. masa aku matriks dlu, dorang selalu ajak aku main ngan dorang. Memang aku pantang lah ngan futsal ni, ade kelas pon bantai je.


  Kak Dora, Kak syifa, Kak mar dan kakak kakak kakak sekalian. Thanks for helping me with my problems. Tokuni ano hito no koto desu. Padahal aku dah penat nak ulas pasal sorang sorang senpai. Kalau aku rajin aku update la ye.


SAIGO DESU.


先輩たちは僕の兄弟みたいです。家族です。だから、みんなを愛してる。これがちょっとへんな気持ちかもしれないが、これは僕の気持ちです。先輩がいないと、考えられない。できれば、一生に日本に行きたい。だけど、僕はJADでまだ一年間に頑張らなきゃ。先輩たちにまた会いたいから、JADでちゃんと勉強する。今までいろいろ助けてくれたり、教えてくれたり、本当にありがとうございました。絶対に忘れない。いや、忘れたくない君たちのこと。日本はもっともっと大変になるが、健康を大事にしてください。病気は困るから。で、僕のことも忘れないでください。先輩たちは最高です。じゃ~またね。 


^_^

SYAKIR AZIZ.


Monday, February 14, 2011

SELAMAT HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA!!!

memandangkan hari 14/2 telah tiba, maka gua dengan bangganya
ingin mengucapkan selamat hari BAPA! bukan hari valentine. gua
tak celebrate la valentine neh. HARAM tahu. so gua nak sambut hari
bapa. hah?! pelik? suka hati gua lah. dah hari ni birthday bapak gua.
nak buat camna. tak salah pun kan? bukan bapak aku dilahirkan 2 kali.
sekali setahun je boleh celebrate birthday neh. hari bapa tiap-tiap hari
boleh. dan satu lagi, buat kapel-kapel yang tak paham bahasa, udah-udah
la tuh. hari berkasih bukan 14/2 je...mana-mana hari pun boleh.

kalau gua tak silap, bapak gua dah nak pencen dah. umur pun dah 56.
takpa ayah, umur tuh angka je. jiwa tetap muda. cheh, taktik pancing neh.
so gua nak ce cite ce cite pasal bapak gua ni.

macam mana nak mula. gua mula dari gua belom dilahirkan lah senang.
gua cakap camni je lah, tanpa bapak gua, gua takkan lahir didunia neh.
kan? sapa lagi nak derma sperma kalau bukan bapak-bapak sekalian.
so, gua berterima kasihlah kat bapak gua.

bila gua dah besar sikit, maka makin nakal lah gua. pegi sungai pancing
buaya. main panjat pokok buluh. pastu jatuh tak pasal. dah bukan monyet
tuh buat cara manusia la kan. gua ni, dulu-dulu malas bangat nak bangkit
pegi mengaji. memang pemalas lah. tiap-tiap malam keno kejar ngan bapak
gua. 1 malam tuh, masih segar diingatan gua. gua pegi merayau pastu terserempak
ngan member gua tengah panjat pagar rumah jiran. gua apa lagi, terus la tegur,
nanti orang kata mencuri pulak. lega gua, tengok kanan, nampak bayangan
bapak gua. gua dengan riang melompat-lompat pegi kat bapak gua sekali kena
lempang pulak. gua lupa tak mengaji lagi. time neh dah kritikal. kena humban
ke lantai, rotan toksah cakap lah. dah bejalur-jalur macam bendera malaysia.
tuh tak kira mak gua lagi. lagi garang. kena baling kayu yang besar macam kaki
ni haa. kat belakang gua ni, ade kesan 3 line macam adidas. kalo orang tengok,
mesti tanya camni. " ko kena dera ke?"

gua dulu-dulu suka main game computer. setakat mario tetris gua tak layan. masa
ni Counter Strike yang gambo pun petak2 lagi jadi trend. aish. dekat umah gua
ade tokong cina. so apa salah gua amek berkat kat tokong tuh. pegi CC dekat
tokong tuh. tiap-tiap petang pegi main. lepas sekolah terus lesap. yang lagi best,
gua duk siram bunga kat tepi-tepi rumah, geng nek basikal lalu tepi umah.

"KIR. JOM"

haa, tuh dia. seruan bala tentera CS. campak je baldi, amek duit teros nek basikal
pegi tokong. satu hari ni, gua tengah syok main, sekali rasa bedebar la pulak.
tak tahu pasai pa. sekali gua nampak orang pakai baju biru tengah tengok gua
ngan muka singa. berpeluh-peluh gua. bapak aku rupanya. ya Allah. aku rasa
dunia macam dah nak kiamat. kena heret ngan bapak gua. malu tuh satu hal.
tapi, lepas gua balik, CC tuh kena serbu. ada hikmatnya. bapak gua telah selamatkan
gua. ke bapak gua yang report? entah lah.

bapak gua memang pantang kalau tahu anak dia pegi sungai. ye lah. bahaya.
dah beribu kali dia pesan kat gua. jangan pegi. gua pegi jugak sampai lah gua
terjatuh dalam sungai. dah serik.

ni satu lagi, bapak gua ni utamakan pelajaran. masa gua kecik-kecik skola rendah,
gua kena marah ngan cikgu disebabkan benda yang buat tak buat pon! nonsense lah!
balik teros aku report!

"BAPAK. cikgu marah lagi. anakanda tak buat pun tak pasal-pasal kena marah!!! "
"anakanda, kenapa macam tuh sekali? ce cite ce cite benda apa ko tak buat tuh?"

"tak buat homework."
tanpa gua dapat mengelak telah hinggap lima jari + cincin delima kat muka ni.
bapak gua memang pantang kalo malas belajar ni. pastu, kalau gua dapat markah
rendah, mesti bapak gua cakap camni "orang lain boleh score, bakpe ko takleh hah?!!"
gua sedih betul lah. ingat nak dapat simpati bapak gua sekali kena lecture kaw2 lah.
paling sedih bila bapak gua compare gua ngan jiran gua. sedih wooo. mengalir air
mata gua.
*ramai pulak anak ye*

tapi sebab benda-benda diatas lah gua adalah gua sekarang. gua berada dimana
gua berdiri sekarang. walaupun bapak gua garang, tapi semua untuk kebaikan gua.
kalau gua mintak duit pun, bapak gua tak penah berkira. bagi je asalkan anak-anak
gembira walaupun ekonomi keluarga tak stabil. korang penah terpikir tak macam
mana bapak korang berkorban untuk keluarga? pernah kah? apakah balasan yang korang
bagi? tengking? melawan cakap bapak? camtuh ke? gua dulu-dulu ada jugak, tapi
sekarang dah paham. apa pun kita buat, takkan dapat balas jasa bapak taw.

HAPPY BIRTHDAY AYAH

ok lah. penat gua merapu ni. saje lepas stress exam ni. sabo je la. chiaw.

Tuesday, February 8, 2011

Apa Nak JADI?!!

Demam exam sudah bermula dan aku mula pening dengan
keadaan semasa. semua busy nak study sampai takde
orang nak layan aku main game pes11. bengong ke ape
aku ni? sah-sah la orang taknak layan orang gila macam
aku ni. okay, back to what i really wanna say. the thing is...
your reaction after you walk out the exam hall. there are
two reactions ( ni aku la ni ) :

1. Alhamdulillah. Dapat jawab.

1.1 =>" Damn. Menyesal aku study banyak. soalan takde la susah sangat pun."
2. Tak dapat jawab. sobs.
2.1 =>" Sh*t. kenapa aku takleh jawab soalan senang camtuh. arghh!"


Tahukah anda 2 reaksi tersebut mempunyai perbezaan yang infiniti.
Marilah ikuti penjelasan dari Dr Kureng Betol Syakir Aziz..

okay.

Damn. Menyesal aku study banyak. soalan takde la susah sangat pun.

- kita telah belajar banyak-banyak sebab risau soalan susah. namun, bila
kuar soalan senang, kita boleh jawab. mungkin kita rasa rugi tapi ingatlah
bahawa ilmu tetap kita dapat. bukan wasted. so this is better. at least kuar
dewan exam tuh rasa rilex, tenang, tak perlu pikir paper yang dah lepas.

Sh*t. kenapa aku takleh jawab soalan senang camtuh. arghh!
- ni sebab kurang belajar. pastu exam takleh jawab. mula la nak
marah-marah. pastu tension sekor-sekor dalam bilik. taknak belajar.
pastu mati camtuh je. paper len tak study pastu jadi bengong.
failed pastu lagi ar nak stress. salah diri sendiri okay.

apa yang aku nak cakap ni, better korang study la banyak. takkan menyesal
punyer. macam aku,sebab malas study, jadi ar macam 2.1 tuh. tension gak
risau pun ade tapi menjadi pembakar semangat untuk belajar betul-betul untuk
paper seterusnya.

OH!!! they're perfect together. bila aku nak kawen ni. HAHA

Saturday, February 5, 2011

ANIKI? (@_@)


ANIKI.

oh.apa aku nak cerita ni. ANIKI ni apa? siapa tahu?
maksud nya abang. kot. aku pun tak pasti. kenapa
tiba-tiba aku nak cerita pasal abang aku ni. haaa!
entry khas untuk abang aku sebab esok dia dah jadi
suami orang. macam sedih pulak aku. kenapa?
kami agak rapat(?) boleh tahan la.

masa aku darjah tiga, parent aku pegi buat haji kat mekah.
kat mana lagi kan? so, abang aku yang pendek lagi sulung
ni diberi amanah untuk menjaga adik-adik yang nakal terutama
aku. masa tuh, aku ni nak sangat bela ayam, burung, biawak,
kambing, unta dan semua binatang dalam hutan tuh. so,
inisiatif aku, ambil duit abang aku dan pegi beli semua
kelengkapan untuk menternak ayam dan puyuh. fuhh.
sedar tak sedar aku dah berjaya menjadi penternak berjaya.
sampai lah satu hari tuh, kantoi ngan abang aku yang aku ambil
duit dia. kena terajang sampai masuk dalam toilet. berkecai
mangkuk tandas. HOHO.

bila naik darjah 5, kami masuk kelab renang. setiap minggu
pergi kelas. nanti boleh ganti phelp. tapi hajat tak kesampaian
sebab ternyata aku memang jenis besi. kenapa, tak boleh
terapung. HUH!!!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

tuttuttt. abang aku dah habis spm. tahun berapa aku tak ingat lah.
tapi 8A1 3A2. rekod baru dalam family aku. lagipun masa ni, abang
aku paling sulung. so memang la paling hebat. namun, kehebatanmu
telah berjaya aku sangkal. HAHA. Dapat scholarship ke Jepun.
bapak bangga giler mak bapak aku. ye lah. mak sape la tak bangga.
ingat senang nak mengandung? eh, mengandung senang tapi nak
jaga kandungan sampai 9bulan 10 hari...pastu nak besarkan lagi.

kejayaan abang aku menjadi inspirasi kepada adik-adiknya yang lain.
Beliau juga dijadikan modal kepada ayahku ketika memberi sepatah dua
kata kepadaku. macam ni;

"Tengok abe paih tuh, pah jepun. ikot jejak langkah abe paih. mok pok dok
susoh. jpa tajo. banggo tengok anok ayoh g jepun"

kepada yang tidak paham, sila guna google translate. so aku dengan
tanpa mempersoalkan nasihat ayahku lalu aku berusaha dan akhirnya
aku terjebak juga kepada bahang negara matahari terbit dengan
berjaya memasuki JAD. bila mak tanya pasai pa nak pegi jepun, aku ;

"bukan ko ayoh suh g jepun ikot abe paih?"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

so bila dah kat JAD, abang aku dah menamatkan pengajiannya di jepun dan
membawa balik sebiji kereta sorong. macam mana kereta sorong jepun?
camni haaa ;

fuhh, best gilak dapat drive keter sport camni. dan aku juga menjadi penyebab
kepada compressor kete ni rosak. tuh ler, silap bagi kat driver racing. HAHA.
aku cukup dikecam kerana tidak cermat dalam mengendalikan kereta ini.
seperti;

"acu bowok molek gak. doh tahu jale udoh!!"

damn! nak menanges aku.

dan beliau suka benor belanja aku makan kat shasha ke atau
dimana sahaja aku nak makan. hujung minggu mai TBP semata-
mata nak belanja aku. kenyang beb. malam minggu main futsal
sama-sama.

tapi......semua sudah berakhir. tiada lagi futsal. tiada lagi
makanan free.. T^T


ni sebab abang aku dah pindah kelantan. LMAO. dan dah jatuh cinta kat
awek kelantan nama kak emma. so hari ni (5/2/2011) diorang dah kahwin.
sorry to fiqa. HAHA. yeay!! agaknya esok boleh la aku menantikan anak sedara.
tak sabar tak sabar. HOHOHOHOHO. ^0^
pape pun, semoga berbahagia lah. kekkon omedetou aniki!
p/s: kak emma, jaga abang saya leklok.