Pages

Subscribe:

Labels

Monday, February 14, 2011

SELAMAT HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA!!!

memandangkan hari 14/2 telah tiba, maka gua dengan bangganya
ingin mengucapkan selamat hari BAPA! bukan hari valentine. gua
tak celebrate la valentine neh. HARAM tahu. so gua nak sambut hari
bapa. hah?! pelik? suka hati gua lah. dah hari ni birthday bapak gua.
nak buat camna. tak salah pun kan? bukan bapak aku dilahirkan 2 kali.
sekali setahun je boleh celebrate birthday neh. hari bapa tiap-tiap hari
boleh. dan satu lagi, buat kapel-kapel yang tak paham bahasa, udah-udah
la tuh. hari berkasih bukan 14/2 je...mana-mana hari pun boleh.

kalau gua tak silap, bapak gua dah nak pencen dah. umur pun dah 56.
takpa ayah, umur tuh angka je. jiwa tetap muda. cheh, taktik pancing neh.
so gua nak ce cite ce cite pasal bapak gua ni.

macam mana nak mula. gua mula dari gua belom dilahirkan lah senang.
gua cakap camni je lah, tanpa bapak gua, gua takkan lahir didunia neh.
kan? sapa lagi nak derma sperma kalau bukan bapak-bapak sekalian.
so, gua berterima kasihlah kat bapak gua.

bila gua dah besar sikit, maka makin nakal lah gua. pegi sungai pancing
buaya. main panjat pokok buluh. pastu jatuh tak pasal. dah bukan monyet
tuh buat cara manusia la kan. gua ni, dulu-dulu malas bangat nak bangkit
pegi mengaji. memang pemalas lah. tiap-tiap malam keno kejar ngan bapak
gua. 1 malam tuh, masih segar diingatan gua. gua pegi merayau pastu terserempak
ngan member gua tengah panjat pagar rumah jiran. gua apa lagi, terus la tegur,
nanti orang kata mencuri pulak. lega gua, tengok kanan, nampak bayangan
bapak gua. gua dengan riang melompat-lompat pegi kat bapak gua sekali kena
lempang pulak. gua lupa tak mengaji lagi. time neh dah kritikal. kena humban
ke lantai, rotan toksah cakap lah. dah bejalur-jalur macam bendera malaysia.
tuh tak kira mak gua lagi. lagi garang. kena baling kayu yang besar macam kaki
ni haa. kat belakang gua ni, ade kesan 3 line macam adidas. kalo orang tengok,
mesti tanya camni. " ko kena dera ke?"

gua dulu-dulu suka main game computer. setakat mario tetris gua tak layan. masa
ni Counter Strike yang gambo pun petak2 lagi jadi trend. aish. dekat umah gua
ade tokong cina. so apa salah gua amek berkat kat tokong tuh. pegi CC dekat
tokong tuh. tiap-tiap petang pegi main. lepas sekolah terus lesap. yang lagi best,
gua duk siram bunga kat tepi-tepi rumah, geng nek basikal lalu tepi umah.

"KIR. JOM"

haa, tuh dia. seruan bala tentera CS. campak je baldi, amek duit teros nek basikal
pegi tokong. satu hari ni, gua tengah syok main, sekali rasa bedebar la pulak.
tak tahu pasai pa. sekali gua nampak orang pakai baju biru tengah tengok gua
ngan muka singa. berpeluh-peluh gua. bapak aku rupanya. ya Allah. aku rasa
dunia macam dah nak kiamat. kena heret ngan bapak gua. malu tuh satu hal.
tapi, lepas gua balik, CC tuh kena serbu. ada hikmatnya. bapak gua telah selamatkan
gua. ke bapak gua yang report? entah lah.

bapak gua memang pantang kalau tahu anak dia pegi sungai. ye lah. bahaya.
dah beribu kali dia pesan kat gua. jangan pegi. gua pegi jugak sampai lah gua
terjatuh dalam sungai. dah serik.

ni satu lagi, bapak gua ni utamakan pelajaran. masa gua kecik-kecik skola rendah,
gua kena marah ngan cikgu disebabkan benda yang buat tak buat pon! nonsense lah!
balik teros aku report!

"BAPAK. cikgu marah lagi. anakanda tak buat pun tak pasal-pasal kena marah!!! "
"anakanda, kenapa macam tuh sekali? ce cite ce cite benda apa ko tak buat tuh?"

"tak buat homework."
tanpa gua dapat mengelak telah hinggap lima jari + cincin delima kat muka ni.
bapak gua memang pantang kalo malas belajar ni. pastu, kalau gua dapat markah
rendah, mesti bapak gua cakap camni "orang lain boleh score, bakpe ko takleh hah?!!"
gua sedih betul lah. ingat nak dapat simpati bapak gua sekali kena lecture kaw2 lah.
paling sedih bila bapak gua compare gua ngan jiran gua. sedih wooo. mengalir air
mata gua.
*ramai pulak anak ye*

tapi sebab benda-benda diatas lah gua adalah gua sekarang. gua berada dimana
gua berdiri sekarang. walaupun bapak gua garang, tapi semua untuk kebaikan gua.
kalau gua mintak duit pun, bapak gua tak penah berkira. bagi je asalkan anak-anak
gembira walaupun ekonomi keluarga tak stabil. korang penah terpikir tak macam
mana bapak korang berkorban untuk keluarga? pernah kah? apakah balasan yang korang
bagi? tengking? melawan cakap bapak? camtuh ke? gua dulu-dulu ada jugak, tapi
sekarang dah paham. apa pun kita buat, takkan dapat balas jasa bapak taw.

HAPPY BIRTHDAY AYAH

ok lah. penat gua merapu ni. saje lepas stress exam ni. sabo je la. chiaw.

5 orang makan katak:

Arini Nuran said...

omoshighoii~ :D
happy brthdy pkck. haha :D

unmatched fingers said...

birthday bapak kite sme la. haha

Janna Wan Muhammad said...

owh...saya ingat on the day you were born...ehh..no..like a few days after you were born...I tanya la ur dad..." hok ni namo gapo plop ayoh zik? " ...he proudly told me ..."AHMAD SYAKIR" ,

pahtu our late grand ma tried to re pronouce ur name after ur dad..."asuke...asuke?" ...hahaha..Ahmad Syakir la Che'...I cakap kat kat arwah che.

lupiey said...

mat jiwang

Syakir Aziz said...

arini > apa yg omoshighoi? XD

dora > bapak kita kembar kot?

kak janna > masih ingat pasal arwah che tuh. "ASUKE" pun macam best jer.
miss my dad lah. takpe, esok balik klate.

lupi > menda pulop jiwang?