Assalamualaikum.
Alhamdulillah aku dah berjaya menamatkan kursus Biro Tata Negara ( BTN ). Untuk batch aku ni pihak MARA buat dekat Kuaters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan. Sebelum aku pergi hari tuh, banyak khabar angin yang mengatakan BTN ni tak best, torture, brainwash, sejarah dan bla bla bla.. Tapi apa yang aku boleh katakan, kalau korang pikir camtuh, korang SALAH!
Aku ni takde la minat sangat pun dengan sejarah, masa SPM dulu dulu mana pernah dapat A. Susah kot nak dapat A. Takpe, sebelum aku pergi BTN, aku cuba buka hati buka minda. Naik kan semangat nak menuntut ilmu. Kem ni 5 hari. 5hari ni takde la lama pun kalau nak bandingkan dengan sebulan tapi agak lama la kalau untuk BTN.
Kawan aku sampai je BTN, langkah kanan menjejak kaki di situ,
“Bila la nak Jumaat ni……lambatnya..” terus mengeluh. Belum pape lagi dah nak balik.
Kitaorang dapat bilik. Satu bilik 2 orang. Dah la ada tandas dalam setiap bilik. Fuhhh! Heaven ni.
Toksah cakap la pasal kemudahan dia, memang tiptop lah!
Sehari makan 6kali. Tak sempat lapar pun dah kena makan lunch, dinner semua tuh. Dah la lauk pulak banyak. Kalau duk sini sebulan, tak mustahil aku jadi gemok macam orang sumo. Aku tengok kucing kat sini pun perut besar besar belaka. Sampai hari ni aku tak rasa nak makan nasi…
Masa sesi Taklimat Kursus, Abg Fadz ( Pengarah Projek ) ni bagi kelonggaran untuk kitaorang pakai baju apa sahaja dan baju kemeja putih seluar slack hitam hanyalah pada waktu exam sahaja. Fuhh. Membazir lah yang beli 2-3 helai kemeja putih semata mata untuk BTN. Aku pun sama je. Kat sini ada kedai katanya.
“ Bang, kat sini ada kedai kan. Kedai tuh, kedai mamak ke? “ tanya member aku dengan selamber.
Terbaiklah soalan. Nak pergi tengok bola la tuh. Baik tak payah datang kem.
“ Kat sini adalah kawasan larangan merokok kecuali dekat Wakaf Menempah Maut berhampiran dewan makan “
Nah amek kau. Nak merokok sangat. Tapi aku setuju je. Memang menempah maut ape?
Sepanjang dekat sini aku belajar pasal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Memang bila dengar bab bab sejarah memang lah boring tapi fasilitator kami membuatkan sejarah itu menarik. Sangat sangat best belajar perlembagaan. Dan kat sini kami telah sedar, bahawa nak tukar sesuatu pemerintahan atau apa apa sahaja berkaitan negara, bukanlah semudah tukar baju. Banyak benda termaktub dalam perlembagaan ni dan disini, kita bangsa Melayu banyak mendapat keistimewaan.
Aku akan jelaskan secara mendalam dalam entry yang seterusnya.
Bila penghulu jerit,
“ PERHATIAN “
Kami jawab
“ MAHASISWA LUAR NEGARA “
Sungguhpun korang tengah berak sekalipun, kena jawab.
Dan abg Fadz cakap, lelaki sekarang ni sedikit, so kami kaum Adam akan menjadi rebutan ramai. Silap hari, 2 orang perempuan kena kongsi 1 lelaki. Setuju?
Sedikit kata kata yang aku petik dari kem ni,
“ Ada ilmu tiada harta, kita HAMBA. Tiada ilmu ada harta, kita ALAT.
Tiada ilmu tiada harta, kita SAMPAH. Ada ilmu ada harta, kita TUAN DUNIA. “
Bergambar sebelum balik rumah
RENUNGKAN LAH~
3 orang makan katak:
saya tak makan katakkk laa !!!! hahah
btw , macam best je , ajar la saya bahsa jepun.. :P
HAHA. sedap ape burger katak! korang kan suke makan burger. :P
InsyaAllah. nanti nik amek Japanese, kita sama2 blaja ekk.
Salam, lame xdgr crita bro.
Eips, bnyak tu je ke dak jad..? mcm makin kurang je..
BTN oh BTN, semua org ade pndpt masing2 even dlm satu kem yg same. huhu..
Post a Comment