Pages

Subscribe:

Labels

Monday, July 26, 2010

Kamu Rasa Muda?

Salam semua. Walaupun dah hampir 1 dekad tidak update blog ni, tiba-tiba gatal jari plak nak berkongsi satu cerita. Alhamdulillah, hari ini ada 1 topik ingin diketengahkan.


Buat kali kedua dalam 4 bulan, K balik kampung kat Kelantan.
Sememangnya "home sweet home". Happy je all the time.
Makan free, toksah susah-susah nak pegi turun bawah kat shasha.
OK. Ini perihal seorang hamba Allah kat masjid. SEORANG TUA.
sangatlah tua sehingga dah tak mampu untuk berdiri tegak seperti orang-orang muda.
Berjalan pun teramat slow dan kadang-kadang K nampak dia seakan-akan nak jatuh.

Inilah dia bilal kampung K. Suaranya amat sedap. Rasa dari K kecik lagi dia jadi bilal.
Sekarang K dah besar, tinggi macam galah pun, still melaungkan azan. Bak kata sorang tuh "hosoi nagai".

K rasa macam terharu bila tengok dia jalan nak pegi masjid untuk solat berjemaah.
walaupun dah tua, masih berusaha untuk mendapatkan 27pahala dari solat berjemaah.
K tanya diri sendiri
"Kenapa K susah sangat nak pegi surau, sembahyang berjemaah, padahal still lagi muda, jalan pun laju, berdiri pun tegak..."

K pun dah cuba untuk berubah. Anda? Kalau rasa anda muda, masih sihat, masih mampu berjalan, masih mampu berdiri, apa lagi? Lu pikir laa sendiri. Assalamualaikum.

2 orang makan katak:

ayesyaazreena said...

alhamdulillah...
nice sharing =)

-27- said...

aik, igt da xde pembaca....