Pages

Subscribe:

Labels

Sunday, July 24, 2011

Allah Tak Sayang Katanya.

"Faizul, malam ni makan mana?"

"Jom pegi giant. Teman TA shopping.."

Tuh dia, TA dah datang maknanya dah nak start kelas. oh lupa! Kelas bermula esok. TA tuh Teacher Assistant. Tugas dorang tidur dalam kelas masa lecturer mengajar kat depan. :P

Kali ni ada 4 orang TA. Semua lelaki walaupun aku berharap ada la TA perempuan datang sebab memang jarang giler TA perempuan nak datang Malaysia. Tak tahu kenapa. Agak kecewa jugak disitu. Dinner dorang belanjer. Hihi. :D


Dari jauh nampaknya datang mendekati


Masa nak balik, kitaorang naik teksi. Dari cara percakapan driver tuh, aku terus tahu dia orang Kelantan. Aku tegur dia menggunakan loghat Kelantan.

"Kamu ni orang mana? "

"Kota Bharu pak cik."

"Pakcik duk mana?"

"Duk kat Klang je. Dulu pakcik ni rumah tak tetap?"

"eh kenapa pakcik?"

"sebab merantau lah"

"Dulu pakcik merantau, ye lah, pakcik dulu driver lori, kalau kena pegi hantar barang kat Johor, pegi je lah"

"Tak penat ke pakcik?"

"Dah kerja cari rezeki..dan kerja driver teksi ni sampai hujung hayat lah gayanya.."

Pastu kami diam buat seketika. Mujurlah pakcik ni jenis cakap banyak. Dia sambung lagi.

"Pakcik dulu penah accident dekat Bentong, jatuh curam...hancur kepala lori dik. Mujur lah Allah tak sayang pakcik..banyak dosa..." dia bergurau.

Sedikit lambat nak paham tapi lastly aku ketawa besar. Paham tak? Biasa nya kalau orang meninggal, kita akan cakap, nak buat camne, Allah lebih menyayangi arwah. Ni sebab dia tak mati, Allah tak sayang lah. Tuh maksud dia...

Aku ni betul betul mudah terharu dan insaf bila bercakap dengan orang orang tua sebab aku kan merantau, jauh dari ibu bapa. Dan aku anggap teguran dan cerita cerita dari pakcik pakcik adalah dari bapa aku sendiri.


"Carilah rezeki halal walaupun dengan kutip sampah di jalanan."


Tontoni lah cerita dibawah untuk mencari sebuah erti dalam mencari rezeki halal.




Credit : CerahJeff
Klik untuk banyak post menarik

1 orang makan katak:

$y4na +_* said...

kat mata manusia, "Allah tak sayang," katanya..
tapi, pada Allah, mati dulu, mati kemudian, dua2 ada hikmahnya.
xkire utk org yg still hidup atau si mati :)