Pages

Subscribe:

Labels

Saturday, July 23, 2011

Kami Mampu Tipu Anda Dengan 10keping Sahaja.

"Wow! Cantik! CUN beb! kena add ni.."


Biasa lah, orang lelaki kejar perempuan. Dan perempuan mengejar lelaki.


"Eh, aku tak!!"


Kalau kau tak, maknanya kau tak normal. Dan sama lah bagi aku. Aku juga lelaki dan aku juga tertarik dengan kecantikan. Pantang tengok profile picture kat Facebook cantik mesti nak add? Entah. Kot.

Hari tuh kawasan rumah aku tiada internet. tiba tiba line telefon takde. Dan ketika ini aku merasai bagaimana seksanya dunia tanpa internet. Bukan nak cari ilmu pun, nak online Facebook je.

So aku terpaksa ke CyberCafe. Kejap je. main tak sampai 70sen dah logout. Ye lah, kot kot ada benda penting aku terlepas kang ada jugak kata aku hidup dalam gua. Satu malam ni masa aku lepak kat CC ni, sorang member aku datang..


"Eh, ni facebook sape?" sapa aku.

"Ni aku punyer lah, tapi tipu punyer...."

"Lah, habis ko tengah chatting ngan sape?" tanya aku lagi.

"Ni kawan aku, tapi dia tak tahu yang aku ni tipu dia"

Sesiapa pun mampu menyamar, nak jadi atok ko pun boleh. Yang aku kesiankan budak tuh, punyer la syok dia layan member aku ni tanpa dia sedar yang dia tengah chat dengan sorang laki dan bukannya perempuan.


"Saya sebelum ni tak pernah kapel dan tak pernah suka kat mana mana perempuan sampai lah saya jumpa awak....."


Ni ayat budak tuh yang dia cakap kat member aku. KESIAN. Letak je gambar girl lawa sepuloh keping, komfem orang akan caye tuh adalah ko. dan aku seorang darinya.



0 orang makan katak: