Pages

Subscribe:

Labels

Saturday, July 23, 2011

Macam Kayu.

Aku pasti semua rakyat Malaysia terkejut dengan perlawanan semalam. Mana tidaknya, kena belasah tuh. Aku semalam melompat-lompat bila Malaysia mengejar berjaya bangkit. 5-3 bukan sikit bro. 2 gol nak kena kejar. paling kurang nak selesa kena menang 3-0 dekat Bukit Jalil nanti.


ni la pintu gol kita semalam, macam takde keeper

Aku saje usha FanPage penjaga gol kita semalam, Sharbinee. Ada yang backup dia tapi lagi ramai yang kutuk dia. Sorry to say, but im really disappointed with him. Very very poor performance from him. WORST. Bila dah bolos, mula nak tunjuk jari kat defenders. Tuh la reaksi Sharbinee selepas tiap kali dibolosi.

"Hey bukan senang, cuba ko letak diri ko kat tempat dia"

Huh? Dia pro player dan aku jaguh kampung je. So patut dia boleh perform macam pro bukannya macam tugu kayu depan gol.

"VanderSar pun boleh bolos lah!!"

Sekali lagi aku cakap, kalau nak fikir VanderSar pun boleh bolos, baik tak payah main. Tuh memang tugas dia nak selamatkan bola dari masuk gol. Dan ini adalah sebahagian daripada wall post dekat FanPage Sharbinee. I LIKE!


" aku tak kisah klu bolos sampai 5 biji. tp cara permainan ko tak semangat..ibarat patung dan makan rasuah je..mmg adat permainan kalah dan menang..tp biar ada semangat berjuang, semangat melawan.."


"nie yg k0rang puji si sharbinee n kutuk apekk....skang sper yg kene...aq dah kate dah x yah nk saling kutuk mngutuk...skang kite ade pnjaga g0l yg trbaik r...ade yg trun ade yg naik...btw aq rser sharbinee cam kene suap jer smlam....but x pe aq ttp s0k0ng k0...sbb k0 prnah slamtkan gwang malay n malaysia layak mnntang singap0re.....!!"

Ada juga yang cakap, kami yang mengutuk adalah fan plastik. Kita tengok apa reaksi korang kalau Malaysia gagal ke pusingan seterusnya dan jika Sharbinee sekali lagi melakukan kesilapan.

Ada 3 perkara yang aku kenalpasti menjadi kesilapan semalam ;

1. Rajagopal

2. Pemain yang pakai no9, Ismail ape entah nama dia. Sepatutnya MatYo.

3. Sharbinee

Jurulatih kita seakan akan tidak belajar dari kesilapan lalu semasa menentang Liverpool. Hanya dengan kehadiran AmirulHadi kita berubah. Aku nak tengok apa strategi Rajagopal nanti.

Ni video gol untuk game semalam. Oh! Sila tengok kat page Sokernet bagi video video highlight. Laju je dorang update. Good Work!!


0 orang makan katak: