Pages

Subscribe:

Labels

Friday, August 5, 2011

Kita Tahu Jer Tapi....

Assalamualaikum.


Entry kali ni akan bercampur campur sebab otak aku tengah bengong? Ye. Gara gara exam subjek Power Engineering tadi. Pastu campur pulak dengan subjek ekonomi yang sememangnya entah pape. Aku pun tak pasti kenapa kena belajar subjek ni, sebab aku budak engineering, bukan budak ekonomi…dan ramai budak ponteng dan dah dapat surat cinta dari hati ke hati dari lecturer. Jika peratus gagal hadir melebihi 25%, toksah ambil exam la jawabnya. Eh, tak boleh ambil exam. Padan muka! Tuh la tak beragak nak ponteng. Semua benda memerlukan strategi termasuk lah ponteng kelas sekalipun, kalau ponteng puasa ang jawab kat akhirat nanti.

Cakap pasal ponteng puasa ni, haaaa..tadi masa aku nak naik bas. Cuba je nak berfikiran positif ternyata susah jugak la sebab dah terpampang nama Rasulullah kat dalam bas ni. Bukak je pintu bas..pergh! bau asap rokok yang kuat.


“mana tau tuh asap bas ke….”


Macam la aku ni tak pergi sekolah sampai tak dapat bezakan asap bas ngan asap rokok. Yang roommate aku duk hisap tiap tiap hari tuh, aku tau ler camne bau dia. Sebatu lagi dah dapat bau. Hidung sensitive katakan.


“Mungkin kita tahu tapi kita tidak sedar………….”

HARAM tahu tak?


Apa yang aku nak cakap kat sini, ramai je tahu hisap rokok tuh membatal kan puasa. Ye dok? Aku dah comfirmkan dengan kawan kawan aku tadi sebab aku ni takdelah berilmu sangat bab bab agama ni. Dan dah ada fatwa yang mengatakan rokok ni haram! HARAM ya adik-adik akak abang pakcik atok nenek semua. Yang perempuan pun sama je lah, ingat cool ke hisap rokok? Kena maki ade lah. Nak puaskan nafsu sendiri tapi menyusah orang sekeliling. Takde orang nak hidu asap rokok yang dah basi tuh. Tolong lah, jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri. Amboih! Emo pulak aku. Memang pon!


alang alang dah nak hisap rokok tuh kan...baik buat camni. lagi syok!


Yang haram tuh, ramai orang buat endah tak endah. Sebab dah biasa buat? Nak komdem orang yang hisap rokok sebab rokok tuh haram? Sama lah bila kita pergi hotel dan tunggu kat situ semata mata nak tangkap orang berkhalwat sedangkan maksiat depan mata pun buat tak peduli je. Iya. Tidak bertudung. Even kat bulan puasa dorang tak reti reti lagi nak bertudung.


“ okay..i tak hipokrit okay. This who I am.”


Amek ko. Pandai je nak mengelak. Hipokrit tak hipokrit, dosa tetap dosa. Nanti jawab la kat akhirat. Maka yang bertudung pun masih tak menutup aurat. Sebenar menutup aurat bagi seorang perempuan ni amatlah luas maksudnya. Aku pun susah nak explain sebab ilmu didada tak cukup.


“Mereka berpakaian tapi masih berbogel.”


Tahu kan apa maksud aku…? Pi je kat mall tengok sendiri. Okay. Sudah lari dari apa yang aku nak sampai kan sebenarnya. Pasal strategi menjawab exam. Aku dah kantoi kat sini. Pada asalnya nak score bahagian part multichoice questions tapi ternyata aku stuck kat situ. Dan aku kurang hafal untuk soalan soalan explanation. Memang tak dapat jawab lah tadi. Ni lah katakan, belajar hanya untuk lulus dan bukan untuk ilmu. Memang terkena kat batang hidung sendiri.


By The Way, stylo tak abang ni parking kete?


abang tough kereta pun tough. tuh yang sedap parking tengah jalan. style lah.

credit to : Dato' Sri Nizam [check out his blog One for All, All For One]

2 orang makan katak:

unmatched fingers said...

ak knal spe tuan kete tu. mamat badan tough gile tu

Syakir Aziz said...

kak dora > yup yup. abang hafiz nama dia. otai ah park kete camtuh. :D